Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM-IPGKSM) bertanggungjawab menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab, Tamadun Islam & Asia dan Pendidikan Moral. Selain itu JAPIM bertanggungjawab melaksanakan kursus dan bengkel untuk guru-guru dalam perkhidmatan, komuniti dan organisasi luar.
Petunjuk Prestasi (KPI) JAPIM ialah untuk memastikan setiap inisiatif yang ditetapkan di dalam perancangan strategik mencapai hasil yang optimum bagi merealisasikan kemenjadian pelajar dan membantu meningkatkan kemahiran, penguasaan dan percambahan ilmu agama untuk semua warga kampus IPGKSM termasuklah semua pihak berkepentingan. Dengan inisiatif yang padu dan terarah untuk kecemerlangan para pensyarah dalam pelbagai kemahiran termasuk aplikasi ICT dan kursus-kursus teras. Oleh itu, pelbagai usaha diteruskan untuk mengekalkan latihan pembangunan profesional para pensyarah dalam menjayakan misi dan visi IPGKSM.
Di samping itu juga, JAPIM bertanggungjawab mengendalikan Pusat Islam al-Firdaus (PISAF) sebagai medan untuk semua aktiviti dan program kerohanian Islam bagi melahirkan insan guru yang berketrampilan dan berbudaya Ikram serta mengadakan kolaborasi antara institusi pendidikan dalam dan luar negara.
PENGENALAN UNIT
JAPIM memiliki kepakaran dalam empat unit teras iaitu;
Unit Pendidikan Islam
Unit Bahasa Arab
Unit Pendidikan Moral
Unit Tamadun Islam