jabatan pendidikan islam & moral
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN
AKTIVITI JAPIM
PEMERIKSAAN OLEH PEMERIKSA LUAR (EE) SECARA BERSEMUKA PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) BIDANG BAHASA ARAB
11-12 April 2023
Selamat datang kepada Prof. Ts. Dr. Muhammad Sabri bin Sahrir (UIAM) ke IPGKSM bagi menyempurnakan Tugas selaku Pemeriksa Luar (EE) Program PDPP Bahasa Arab kami.
Acara yang berlangsung dua hari, iaitu pada 11-12 April 2023 (Selasa dan Rabu) dimulakan dengan sesi mesyuarat Pembukaan seterusnya semakan dokumen berkaitan dan juga sesi temu bual bersama para pensyarah dan pelajar yang terlibat.

Mesyuarat Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu
Bil 1 Tahun 2023 @ 4 Januari 2023
Mesyuarat JAPIM kali pertama ini diadakan untuk membincangkan agihan tugas mengajar para pensyarah bagi semester 1 bagi tahun 2023. Turut dibincangkan perancangan setengah tahun JAPIM, antara lain lawatan penanda arasan (Bench-marking) dan perkara berkaitan profesionalisme dan KPI kerja yang ditetapkan oleh organisasi.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ybrs. Dr. Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali selaku Ketua Jabatan (KJ) dengan dihadiri oleh Penolong KJ AF Ust. A. Mazlam bin Ibrahim dan para pensyarah JAPIM. Selamat Maju Jaya JAPIM untuk sem. 1/2023.
Selamat kembali bertugas di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu kepada AF Ust. Haji Mohammad Kamil bin Jaafar yang bertukar dari IPGKDRI mulai bulan Disember 2022.
Selamat Datang AF Dr. Siti Fatihah binti Osman ke Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Mizan yang bertukar dari IPGK Temenggong Ibrahim, Johor mulai Disember 2022.
Mesyuarat Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu
Bil 2 Tahun 2022 @ 14 Julai 2022
Mesyuarat JAPIM kali ke-2 diadakan untuk membincangkan agihan tugas mengajar para pensyarah bagi semester 2 tahun 2022. Turut dibincangkan perancangan setengah tahun JAPIM antara lain lawatan penanda arasan (Bench-marking) dan perkara berkaitan profesionalisme yang lain.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ybrs. Dr. Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali selaku Ketua Jabatan (KJ) dengan dihadiri oleh Penolong KJ AF Ust. A. Mazlam bin Ibrahim dan kesemua pensyarah JAPIM. Selamat Maju Jaya JAPIM untuk sem. 2/2022.
Kami mengalu-alukan semua Ahli Panel Pemeriksaan EEVE secara atas talian ke IPG Kampus Sultan Mizan khususnya Unit Bahasa Arab, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKSM.
Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum.
Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan 1443H/2022 dan Sadaqah@PISAF telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Pajuzi bin Awang, Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan pada 30 Mac 2022 (Rabu) di Perpustakaan Al-Basuti, IPGKSM.
Turut hadir dalam majlis tersebut Ybrs. Dr. Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKSM dan Dr. Haji Zamri bin Rajab, Ketua Pusat Islam al-Firdaus IPGKSM (PISAF) serta semua ketua Jabatan, Ketua Unit, Para Pensyarah dan Staf Sokongan.
Pautan Warga IPGKSM
Pautan KPM