jabatan pendidikan islam & moral
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN
PERUTUSAN KETUA JABATAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam.
Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, para pensyarah, staf sokongan, serta para pelajar yang dikasihi.
Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi membawa pengajaran besar tentang pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kesabaran. Semoga kita semua mengambil semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS sebagai inspirasi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kita sebagai pendidik dan pelajar.
Marilah kita bersama-sama memperkukuh ukhuwah, mempertingkatkan kualiti diri dan kerja, serta terus berbakti demi kecemerlangan pendidikan Islam di kampus kita.
Akhir kata, saya mendoakan agar semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Taqabbalallahu minna wa minkum.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
TERKINI JAPIM
Selamat bertugas di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu kepada Dr. Halimahtul Sa'diyah binti Mohamad yang melapor diri sebagai Pensyarah Baharu Isnin, 7 April 2025.
Pautan Warga IPGKSM
FB Rasmi - IPGKSM
FB Rasmi - JAPIM
Pautan Akademik
Senarai Rujukan Pendidikan Islam
Senarai Rujukan lain
Pautan KPM