MODUL LITERASI AL-QURAN
IPG KAMPUS ILMU KHAS
MODUL LITERASI AL-QURAN
IPG KAMPUS ILMU KHAS
1.1-Latar Belakang
Modul Literasi al-Quran dibangunkan bagi tujuan meningkatkan penguasaan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), khususnya berkaitan dengan Masalah Pembelajaran (MP).
Modul Literasi al-Quran ini memberi penekanan kepada tiga aspek penguasaan ilmu yang utama; iaitu (1) Kenal Huruf; (2) Sebut Huruf; dan (3) Ulang Sebut. Hal ini boleh diterangkan dalam gambar rajah di bawah:
1.2 Analisis Keperluan
Secara amnya, isu dan cabaran yang wujud dalam pengajaran guru Program Pendidikan Khas di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas, Malaysia terdiri daripada aspek kelayakan akademik dan ikhtisas guru-guru, pengetahuan tentang ciri-ciri keperluan khas pelajar dan kebolehan serta keyakinan guru menyampaikan isi kandungan Pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas serta keperluan kepada infrastruktur yang menyokong pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam . Guru-guru yang mengajar MBK perlu mempunyai kemahiran mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar mengikut kategori kurang upaya .
1.3 Objektif Am
Modul literasi Al-Quran ini dibangunkan bagi tujuan meningkatkan penguasaan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), khususnya berkaitan dengan Masalah Pembelajaran (MP) dalam membaca (mengaji) Al-Quran.
1.4 Objektif Khusus
Modul ini akan membantu guru terutama yang melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada murid berkeperluan khas(MBK) dalam membolehkan mereka membaca (mengaji) al-Quran dengan baik dan lancar.