JANGKA MASA PELAKSANAAN
Pelaksanaan modul ini mengambil masa selama satu bulan, iaitu satu minggu bagi setiap langkah yang diperkenalkan.
UJIAN
Bagi melihat keberkesanan modul ini, maka ujia pra dan post perlu dijalankan. Ujian yang melibatkan pelbagai aras kesukaran; senang, sederhana dan sukar diletakkan pada skala 3:2:1.
LATIHAN PENGUKUHAN
Murid dibekalkan dengan pelbagai bentuk latihan bersiri agar penguasaan terhadap sesuatu tahap dapat dikenalpasti. Ini bagi membolehkan proses pembelajaran secara ansur maju dapat dilaksanakan dengan jayanya.
IKON
Setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan adalah berdasarkan ikon-ikon yang dipilih. Contohnya aktiviti latihan, maka ikon pen digunakan. Aktiviti sebutan maka ikon membaca pula digunakan. Manakala aktiviti pengulangan, maka ikon mengaji ditampilkan.
AMALAN
Amalan yang dicadangkan dalam setiap bahagian adalah berbeza-beza. Sebagai contoh, pada peringkat awal pembelajaran, maka murid diminta menyebut secara verbal perkataan يا الله يا رحمن يا رحيم. Sebutan seumpama ini pasti dapat membantu lagi murid dalam menguasai pelajaran yang mereka belajar.
BERDOA
Modul ini juga turut membekalkan doa-doa memohon pertolongan Ilahi agar dipermudahkan proses titisan ilmu tersebut. Sebagai contoh, doa agar memberi faham terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari: اللهم فقهني في الدين وعلمني التأويل
Catatan: Semua aktiviti boleh dirujuk dipautan modul lengkap.