Cara Pelaksanaan/Penggunaan
Modul Literasi al-Quran boleh menjadi alat yang sangat berharga untuk murid inklusif memahami dan menghargai ajaran al-Quran. Berikut adalah huraian model tentang langkah cara penggunaan modul literasi al-Quran bagi murid inklusif :
HURAIAN MODEL
1) Kenal Huruf – Murid akan didedahkan dengan huruf-huruf hijaiyyah menerusi lakaran huruf, warna dan salin tulis. Murid akan didedahkan dengan hruf yang berbentuk tunggal dan bersambung.
2) Sebut Huruf - Murid diminta menyebut huruf-huruf hijaiyyah secara betul dan tepat. Penyebutan huruf-huruf ini merangkumi huruf yang berbaris atas, bawah dan depan. Begitu juga huruf yang berbaris dua, atas bawah dan depan.
3) Ulang Sebut – Di sini pelajar diminta mengulangi sebutan huruf secara tunggal, bersuku kata dua, tiga dan seterusnya.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, modul literasi al-Quran boleh diadaptasi untuk memenuhi keperluan dan kemampuan setiap murid inklusif. Ini akan membantu mereka membina pemahaman yang lebih baik tentang al-Quran dan mengintegrasikan nilai-nilai al-Quran ke dalam kehidupan harian mereka.