Search this site
Embedded Files
Pusat Sumber Dato' Lokman Musa
  • Utama
  • Kenali kami
  • Koleksi
  • Perkhidmatan
  • Kemudahan
  • Hubungi Kami
Pusat Sumber Dato' Lokman Musa
  • Utama
  • Kenali kami
  • Koleksi
  • Perkhidmatan
  • Kemudahan
  • Hubungi Kami
  • More
    • Utama
    • Kenali kami
    • Koleksi
    • Perkhidmatan
    • Kemudahan
    • Hubungi Kami
  • Keahlian Pusat Sumber adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar, pensyarah dan kakitangan IPGKBM dan keluarga mereka. Permohonan boleh dibuat secara  atas talian atau datang terus ke Pusat Sumber . Keahlian perpustakaan melayakkan anda untuk menggunakan semua perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber.

  • Semua ahli yang berdaftar adalah layak untuk meminjam bahan perpustakaan. Buku boleh dipinjam di kaunter Pusat Sumber mengikut polisi yang ditetapkan.

  • Buku perlu dikembalikan di kaunter Pusat Sumber. Denda akan dikenakan bagi buku yang lewat dipulangkan atau hilang. 

  • Pembaharuan boleh dibuat di kaunter perkhidmatan dengan syarat bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna yang lain.

  • Pengguna hanya dibenarkan membuat pembaharuan sebanyak 2 kali sahaja.

  • Program Pendidikan Pengguna Perpustakaan bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran maklumat dalam menggunapakai sepenuhnya sumber koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sumber. Melalui kelas ini pengguna akan didedahkan:

  1. Pengenalan kepada perpustakaan, 

  2. Penggunaan OPAC

  3. Penggunaan Pangkalan Data yang di langgan oleh IPGM & u-pustaka

  4. Teknik Pencarian Maklumat Berkesan

  • Permohonan kelas boleh dibuat  melalui, e-mel, menghubungi Ketua Unit Pusat Sumber / Pustakawan atau datang terus ke Pusat Sumber.

  • Perkhidmatan yang disediakan bagi membantu pengguna Pusat Sumber yang mempunyai pertanyaan berkaitan keperluan maklumat mereka. Sebarang pertanyaan rujukan boleh dibuat sama ada melalui e-borang , telefon, e-mel atau datang terus ke Pusat Sumber.

  • Perkhidmatan ini membolehkan pengguna untuk meminjam bahan-bahan perpustakaan yang tidak terdapat di Pusat Sumber IPGKBM tetapi boleh diperolehi daripada perpustakaan lain. Pusat Sumber akan meminjam bahan  bagi pihak ahlinya. Permohonan boleh dikemukakan di kaunter perkhidmatan. 

Hak Cipta Terpelihara@2021 Pusat Sumber Dato' Lokman Musa, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan MalaysiaHubungi : ups@ipgkbm.edu.myTel : 03-22814400 Faks : 03-22814444
Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse