BILIK MULTIMEDIA
Pusat Sumber menyediakan bilik multimedia yang dilengkapi dengan 20 buah komputer. Terletak di aras bawah Pusat Sumber dan boleh memuatkan seramai 30 orang. Bilik ini disediakan untuk memudahkan pengguna menyertai program pendidikan pengguna perpustakaan dan lain-lain aktiviti yang memerlukan penggunaan komputer. Pengguna boleh membuat tempahan di kaunter perkhidmatan untuk menggunakan bilik ini.