Pendaftaran keahlian terbuka kepada warga IAB, Peserta kursus jangka panjang (2 Minggu dan ke atas), NPQEL, Peserta kursus jangka pendek (1-2 minggu).
Pendaftaran keahlian boleh dibuat melalui emel atau datang sendiri ke Kaunter Perkhidmatan Pusat Sumber IAB. Pendaftaran keahlian juga boleh dibuat terus melalui google form https://bit.ly/keahlianperpustakaaniabi dan maklumat pegawai yang diperolehi daripada Bahagian/ Unit Sumber Manusia (UPSM).
Kakitangan yang berstatus Kontrak/sementara dibenar untuk mendaftar keahlian dengan kebenaran Ketua Jabatan.
Keahlian Pusat Sumber tidak boleh dipindah milik.
No. Ahli (ID) yang digunakan adalah No. Kad Pengenalan ahli.
Pengguna yang telah mendaftar diberi ID dan kata laluan untuk mengakses OPAC pusat sumber. Ahli dibenarkan menukar kata laluan yang diberikan kepada kata laluan sendiri dan boleh membuat transaksi dalam talian seperti membuat tempahan bahan, menyemak status pinjaman bahan, dan lain-lain melalui OPAC Pusat Sumber IAB tersebut.
Pengunjung bukan ahli seperti pelajar, penyelidik dan orang awam tidak boleh membuat pinjaman bahan tetapi dibenarkan membuat rujukan di Pusat Sumber IAB dengan mengisi maklumat peribadi dalam Buku Rekod Pelawat/borang yang disediakan. Pelajar atau penyelidik dikehendaki membawa surat rasmi dari IPTA/IPTS/Organisasi.
Ahli akan didaftarkan di dalam sistem pusat sumber mengikut kategori seperti berikut:
KATEGORI AHLI
Staf IABCGH
Staf IABCSWK
Staf IABCU
IABCSBH
Staf IABI
IABI Librarian
Library Staf
Peserta Kursus
Pemohon perlu mengisi borang keahlian dalam google form https://bit.ly/keahlianperpustakaaniabi atau imbas kod QR di bawah: