SEJARAH RINGKAS
Perkhidmatan Pusat Sumber IAB bermula pada Mei 1985 serentak dengan perpindahan pejabat lama MESTI (Malaysia Educational Staff Training Institute) di Pantai Puri, Kuala Lumpur ke kampus baru di Sri Layang, Genting Highlands. Pusat Sumber IAB telah dirasmikan pada 18 Februari 1993 oleh Y.Bhg. Dato’ Asiah binti Abu Samah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2014 IAB telah berpindah ke kampus induk yang baharu di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
MISI
Berperanan sebagai Pusat Sumber pengurusan Pendidikan yang utama pada peringkat kebangsaan dan serantau.
OBJEKTIF
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pengguna (Peserta dan Staf) dan meningkatkan potensi serta sahsiah individu tersebut.
PENGGUNAAN KEMUDAHAN
Menggalakkan pensyarah dan peserta menggunakan pelbagai sumber kemudahan maklumat di Pusat Sumber Pendidikan IAB sebagai rujukan utama kepada maklumat terkini.
PEMUPUKAN TABIAT MEMBACA
Memupuk tabiat membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik dalam kalangan pendidik.
PENGHASILAN BAHAN
Membantu Pensyarah dan peserta kursus menghasilkan, menilai serta menggunakan pelbagai alatan serta bahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
PERKHIDMATAN PEMBELAJARAN
Mengadakan perkhidmatan untuk keperluan pencarian maklumat dalam kalangan peserta.
KEMAHIRAN MAKLUMAT
Melatih pengguna menggunakan kemahiran dalam proses pencarian maklumat melalui pelbagai sumber.
PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER IAB INDUK
Kami di Pusat Sumber Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan penuh tekad, berazam dan berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;
Mengenal pasti dan memenuhi keperluan maklumat pengguna.
Memperoleh, menyusun dan memelihara bahan sumber dan rekod bibliografi demi memaksimumkan akses kepada koleksi sumber pengajaran dan pembelajaran IAB.
Memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra.
Bahawasanya piagam pelanggan Pusat Sumber Pendidikan ini mencerminkan piagam induk IAB dan Kementerian Pelajaran Malaysia sesuai dengan tarafnya sebagai satu jabatan dalam institusi ini. Selaras dengan hasrat dan matlamat yang dipertanggungjawabkan oleh kementerian kepada IAB serta jabatan, kami sentiasa berusaha memantapkan sistem pengurusan pendidikan yang terbaik di rantau ini dan pada peringkat antarabangsa.
Sekiranya ada mana-mana kliental, sama ada sebagai institusi atau individu yang kurang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Sumber Pendidikan atau yang berpendapat bahawa perkhidmatan yang diberi itu tidak menepati janji di atas, pihak berkenaan bolehlah menghubungi Pengarah IAB atau Pusat Sumber Pendidikan. Kami berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan dalam tempoh yang tidak melebihi dua minggu daripada tarikh aduan diterima.
FUNGSI PUSAT SUMBER
Mengurus pemilihan dan pembangunan koleksi bahan bercetak perpustakaan seperti penambahan, pemeliharaan dan pemuliharaan bahan agar menepati keperluan latihan.
Memantau proses pendokumentasian merangkumi pengkatalogan, pengkelasan, pengindeksan serta pengabstrakan bahan dalam sistem perpustakaan.
Menyelaras perkhidmatan Perpustakaan IAB sebagai pusat rujukan setempat dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Menyelaras khidmat runding cara dan nasihat kepada pelanggan.
Menyelaras promosi perkhidmatan dan program galakan membaca IAB.
Memantau Sistem Perpustakaan Bersepadu Berpusat IAB ke arah perkongsian strategik maklumat perpustakaan secara dalam talian.
Mengurus pendigitalan bahan untuk membangun dan memantapkan kandungan Repositori IAB.
Mengurus Arkib Khas sebagai tempat pengumpulan dan pameran koleksi peribadi mantan Pengarah IAB atau pelbagai koleksi bersejarah.
CARTA ORGANISASI
JABATAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI INDUK
CARTA UNIT
JABATAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI INDUK
Warga Jabatan Sumber Pendidikan (MAC 2024)
Warga Jabatan Sumber Pendidikan (Januari 2024)
Warga Jabatan Sumber Pendidikan (Mei 2023)
Warga Jabatan Sumber Pendidikan (2023)
Warga Jabatan Sumber Pendidikan (2022)
Warga Jabatan Sumber Pendidikan (2021)