FASILITI DAN PERKHIDMATAN
FASILITI DAN PERKHIDMATAN
KAUNTER SIRKULASI
Kaunter Sirkulasi terletak di aras 2 selatan , berdekatan dengan Koleksi Terbuka Perpustakaan. Antara fungsi utama kaunter sirkulasi adalah untuk memenuhi keperluan harian aktiviti pengguna di perpustakaan seperti perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku, pendaftaran keahlian, sumber pertanyaan rujukan, dan menguruskan tempahan bilik perbincangan. Sistem automasi perpustakaan yang diguna pakai oleh perkhidmatan sirkulasi adalah Sistem KOHA.
BILIK BACAAN RINGAN
BILIK DAN RUANG MULTIMEDIA
RUANG BACAAN PUSAT SUMBER
SUDUT PAMERAN BUKU TERKINI
Sudut ini mempamerkan buku-buku terkini di dalam pusat sumber kami.
BILIK RUJUKAN
Ruang bacaan dalam bilik rujukan
Koleksi buku rujukan
BILIK PERBINCANGAN
Bilik Perbincangan ini boleh memuatkan 10 orang mengikut S.O.P. Di dalam bilik ini terdapat dua meja mesyuarat besar latar pemancar LCD, papan putih bermagnet bagi tujuan perbincangan.
Mesin layan diri
(Self checkout machine)
Mesin gelongsor buku
(Book drop machine)
Sudut OPAC
(Online Public Access Catalogue corner)
BILIK KOLEKSI CAKERA PADAT, PEMACU PENA DAN PUKAL LATIHAN
Koleksi Pukal Latihan
Koleksi Pemacu Pena
Ruang rujukan
Koleksi Cakera Padat
Terdapat lebih daripada 200 Judul pukal latihan untuk dirujuk serta terdapat juga koleksi cakera padat dan pemacu pena dari buku-buku.
BILIK KOLEKSI KHAS
Bilik ini menempatkan koleksi peribadi Mantan Pengarah IAB dan Mantan Timbalan Pengarah IAB. Antara koleksi yang ada di dalam bilik ini adalah cenderamata seperti rantai kunci, plak, pen holder dan buku-buku. Terdapat juga koleksi peribadi berbentuk perakam kamera video, kamera-kamera digital keluaran terdahulu. Selain itu, turut dipamerkan koleksi dua bilah keris istiadat IAB yang digunakan dalam majlis rasmi iaitu Komensmen IAB. Koleksi album komensmen dari tahun 2013 hingga 2019 turut dipamerkan di dalam bilik ini.
Keris istiadat IAB
Perakam kamera video, kamera digital
Koleksi album Komensmen
Koleksi Cenderamata