Penganjur
Penganjur
Green Growth Asia Foundation
GGAF merupakan sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan (NPO) berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Di Malaysia, GGAF merupakan salah satu organisasi yang mengetuai aktiviti-aktiviti mempromosikan tindakan pembangunan hijau dan mampan demi mencapai keseimbangan antara pembangunan ekonomi, keterangkuman sosial serta kelestarian alam sekitar.
GGAF juga merupakan penyelaras kebangsaan bagi program pendidikan alam sekitar di Malaysia, Eco-Schools sejak tahun 2021.
Bacaan lanjut di -
BASF PETRONAS Chemicals Sdn. Bhd.
BASF PETRONAS Chemicals Sdn. Bhd. merupakan satu syarikat yang dibangunkan usahasama di antara BASF dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), di bawah anak syarikatnya PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG).
BASF PETRONAS Chemicals Sdn. Bhd telah maju menjadi sebuah syarikat kimia terkemuka, pengasas dalam pengeluaran dan pemasaran produk kimia yang berguna dalam kehidupan harian. Dengan itu, BASF PETRONAS Chemicals berusaha tidak hanya untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka, tetapi juga untuk menjadi relevan dan memberi manfaat kepada pekerja, pembekal, masyarakat dan alam sekitar secara keseluruhannya.
Bacaan lanjut di -