Format Pertandingan
Format Pertandingan
Pertandingan GISPRO ini akan dibahagikan kepada dua (2) peringkat saringan
1. PERINGKAT SARINGAN AWAL
Di peringkat ini, setiap kumpulan perlu menghantar satu video pitch kepada pihak penganjur mengikut format yang telah ditetapkan
Video pitch dan borang penyertaan yang lengkap perlu dihantar bersama-sama melalui platform yang disediakan oleh pihak penganjur
Penilaian video pitch akan dilaksanakan oleh hakim professional lantikan pihak penganjur
Panel hakim akan menilai dan menyenarai pendek projek inovasi yang akan dipertandingkan pada peringkat akhir nanti
Hanya 15 kumpulan dengan idea projek terbaik sahaja akan terpilih untuk ke peringkat akhir pertandingan
Keputusan penilaian peringkat saringan akan diumumkan melalui laman Telegram GISPRO , emel dan media sosial
2. PERINGKAT AKHIR
Di peringkat ini, hanya 15 kumpulan yang terpilih sahaja akan menyertai
Setelah terpilih, setiap kumpulan perlu menyediakan satu prototaip projek mereka untuk dipertandingkan
Pertandingan peringkat akhir akan dilaksanakan secara bersemuka semasa hari Karnival Sains dan Teknologi Hijau
Setiap kumpulan yang telah terpilih dijemput untuk membuat pameran dan persembahan paparan projek di Karnival Sains dan Teknologi Hijau untuk dinilai
Format penyediaan prototaip dan paparan projek adalah seperti ditetapkan oleh pihak penganjur
Peserta diwajibkan menyertai sesi soal jawab selama 15 minit bersama-sama panel hakim ketika hari penilaian akhir
Semua projek inovasi akan dihakimi oleh panel hakim professional yang dilantik oleh pihak penganjur
Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.