Format Projek
Format Projek
Format Video Pitch
Durasi
3-5 minit
Format
Format video hendaklah disokong oleh Youtube - 3GPP, AVI, FLV, MOV, MPEG4, MPEGPS, WebM and WMV
Kualiti Video
Hasil video perlu dihasilkan dari segi teknikal dan artistik yang berkualiti. Hal ini merangkumi komposisi, pencahayaan, warna, ketajaman, dan audio yang jelas.
Bahasa
Mestilah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja
Audio dan Visual
Audio - Jika menggunakan suara latar, pastikan jelas dan mudah difahami. Jika audio tidak jelas, sila letakkan sari kata untuk rujukan audiens
Visual - Boleh menggunakan visual muka atau perkataan
Maklumat dalam video
Pengenalan kumpulan dan ahli kumpulan masing-masing
Tajuk projek inovasi
Penyataan masalah
Objektif atau matlamat projek (mestilah berkait rapat dengan tujuan untuk melestarikan alam)
Penyelesaian masalah
Strategi perlaksanaan (cadangan kaedah atau cara)
Sasaran pengguna inovasi
Impak projek inovasi
Kajian kes atau penyelidikan (Jika ada)
Penutup
Penghantaran
Video hendaklah dimuat naik ke laman Youtube terlebih dahulu dan berketetapan “Public” atau “Unlisted”
Tajuk video di Youtube hendaklah disertakan dengan Nama Sekolah, Nama Kumpulan dan Tajuk Projek (contoh: SMK Seri Bunga (Green Innovators) – Plastic Eating Microbes)
Pautan video Youtube anda hendaklah disalin dan dikongsikan kepada Google Form –https://forms.gle/VJdYqUDYvddkzaMr5
Format Prototaip Projek
1. Setiap kumpulan perlu menyediakan hanya satu (1) model prototaip mengikut projek inovasi yang telah dicadangkan dalam video pitch
2. Peserta bebas untuk menyediakan model prototaip mengikut spesifikasi dan kreativiti masing-masing
3. Format bagi setiap model prototaip mungkin berbeza-beza mengikut projek inovasi masing-masing; visual, fungsi, berskala-kecil atau hibrid
4. Model prototaip perlu mempunyai ciri-ciri inovatif dan dihasilkan sendiri oleh peserta; tidak dibenarkan menggunakan model sedia ada di pasaran.
5. Idea dan konsep model prototaip haruslah berpotensi untuk menyelesaikan cabaran alam sekitar yang telah dikenal pasti
6. Fungsi utama prototaip mestilah ditunjukkan secara terperinci dengan menyatakan bagaimana ia beroperasi.
7. Peserta disarankan menggunakan bahan mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar dalam penghasilan model prototaip
8. Model prototaip akan dipamerkan semasa sesi penilaian peringkat akhir
Format Poster
1. Saiz/Dimensi
117 cm (lebar) x 198 cm (tinggi)
2. Isi Kandungan
Setiap poster perlu mempunyai aspek-aspek berikut:
· Nama Kumpulan
· Nama Sekolah
· Tajuk Projek Inovasi
· Pengenalan Projek Inovasi
· Penyataan Masalah
· Objektif
· Metodologi (Sila guna Rajah/Ilustrasi)
· Reka Bentuk projek inovasi (langkah-langkah penggunaan projek, jika perlu)
· Impak dan kebaikan projek inovasi
· Analisis Data (Boleh masukkan analisis data serta jadual berkaitan disini. Contoh Ujian pre-pos, borang pemerhatian psikomotor, data persepsi atau skrip temubual)
· Keputusan dan kesimpulan
· Rujukan