Refleksi

Refleksi

Dalam meniti era sains dan teknologi ini, peranan dan tugas guru dalam mengurus bilik darjah semakin mencabar. Seorang guru haruslah bertindak sebagai pengurus bilik darjah yang efektif dengan mempertingkatkan dan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengurusan yang berguna. Justeru, seorang guru haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran ICT agar seiring dengan anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 yang menginginkan ICT untuk dimanfaatkan dalam pendidikan.

Cadangan

Oleh hal yang demikian, guru dan bakal-bakal guru haruslah mempraktikkan pembelajaran digital agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan sesuai dengan keperluan pelajar sekolah rendah. Hal ini penting agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut lebih berkesan.