Inovasi Dalam PdPc

Apa itu inovasi?

Inovasi dalam PdPc ialah idea, kaedah atau strategi pengajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah yang telah diubah untuk menjadikannya lebih baik dari yang sebelumnya seterusnya memberikan manfaat kepada murid-murid.

Sebagai contoh, strategi pengajaran yang inovatif, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan perkembangan persekitaran pembelajaran merupakan aspek-aspek yang dititikberatkan dalam penghasilan inovasi dalam PdPc.

PROGRAM TS25

APA ITU TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)?

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Klik gambar di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Program TS25

PAK-21

Pembelajaran PAK21 ialah satu proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

Terdapat 5 standard asas dalam PAK21 merangkumi aspek komunikasi, kolaboratif, kreativiti, pemikiran kreatif serta nilai murni dan etika

  1. KOMUNIKASI: berlaku interaksi antara gurumurid, murid-murid dan muridbahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.

  2. KOLABORATIF: berlaku kerjasa dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea atau pandangan antara murid.

  3. PEMIKIRAN KRITIS: berlaku penerokaan pemikisan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasonal untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

  4. KREATIVITI: berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan perojek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.

  5. NILAI MURNI DAN ETIKA: penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia.

Daripada bahan di atas, guru haruslah pergi ke halaman PAK21 untuk mengetahui cara untuk mengaplikasikannya dalam pengurusan bilik darjah

PAK21.pdf

Pembelajaran Abad ke-21

HIP

APA ITU PROGRAM HIP?

  • HIP (High Immersive Programme)

  • program bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris.

  • Inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah bagi HIP