Pembelajaran & Pemudahcaraan (PdPc)

APA ITU

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)

&

Berikut merupakan video tugasan kursus GPPP1092 yang digabungkan dengan GAPD1032

ASPIRASI DAN HALATUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

ASPIRASI DAN HALATUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

Kursus Pengantar Pengajian Pendidikan (GPPP1092) sangat berkait rapat dengan GAPD1032 dimana untuk menerajui pendidikan dalam era yang semakin mencabar kini, golongan pendidik memerlukan teknologi dan sumber digital untuk menyokong pendidikan yang berkualiti agar pendidikan juga dapat berkembang seiring dengan perkembangan teknologi dunia. Selain itu, dalam kursus GPPP1092 juga ada menyatakan SKPMg2 standard 4 dimana ia membantu menerangkan peranan guru sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Hal ini sangat berkaitan dengan teknologi dan sumber digital yang membantu untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran disamping mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Bukan itu sahaja, kursus GAPD1032 ini amat penting untuk menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam anjakan ke-7 dimana kita perlu memanfaatkan ICT dalam pendidikan seperti yang dinyatakan dalam kursus GPPP1092.

SKPMg2

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) untuk menggantikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2003 (SKPM2003) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010). Perubahan ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan perkembangan bidang pendidikan semasa.

Semua sekolah di bawah KPM akan melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) menggunakan instrumen SKPMg2 mulai 1 Mac 2017. Penilaian akan dilakukan sepanjang tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali setahun iaiatu pada bulan Mac, Julai dan November.

Sila dapatkan rujukan dan maklumat lanjut berkaitan SKPMg 2 berdasarkan pautan berikut;

1) SKPMg2 : Standard 1

2) SKPMg2 : Standard 2

3) SKPMg2 : Standard 3.1

4) SKPMg2 : Standard 3.2

5) SKPMg2 : Standard 3.3

6) SKPMg2 : Standard 4

7) SKPMg2 : Standard 5

SKPMg2: STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)

PENYATAAN STANDARD

Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

Berikut merupakan penerangan tentang SKPMg2 dalam Bahasa Iban

T12, T13 & T14.pptx

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) BERDASARKAN SKPMG2 STANDARD 4

  1. Guru Sebagai Perancang

  2. Guru sebagai pengawal

  3. Guru Sebagai Pembimbing

  4. Guru Sebagai Pendorong

  5. Guru Sebagai Penilai

  1. Guru Sebagai Perancang

Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik/ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuat kuasa.

2. Guru Sebagai Pengawal

Mengelola isi pelajaran pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam PdP.

2. Guru Sebagai Pengawal

Mengelola isi pelajaran pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam PdP.

Mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

3. Guru Sebagai Pembimbing

Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan, dan menggabung isi pelajaran dengan kemahiran/mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat, secara berhemah dan bersungguh-sungguh.

Berikut merupakan contoh guru sebagai pembimbing dalam mata pelajaran Bahasa Iban

https://drive.google.com/file/d/1DCsvmnLzSdYsujLIvxw9YUkow9oneVDC/view?usp=sharing

Video Persembahan Pengajaran Mikro.mp4

4. Guru Sebagai Pendorong

Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan.

Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan berterusan.

5. Guru Sebagai Penilai

Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan.

Rujukan Tambahan

Klik gambar di bawah