Sejarah penubuhan PUSAT SUMBER Puteri

Nama PUTERI dipilih sempena :

PUTERI : Gelaran Kehormat bagi wanita

Cik PUTRI Kamariah Bt Megat Ramli Pengetua perempuan Melayu Pertama MWTC/MPPM/IPPM/IPGKPM

Engku Puteri Raja Hamidah permaisuri Sultan Mahmud III, Sultan Riau-Lingga (1762-1812). Baginda merupakan think- tank Sultan dan penasihat dan pengawal adat istiadat dan budaya Melayu Kerajaan Riau Lingga. Engku Puteri mempertahankan hak dan maruah kerajaan, kekuatan adat dan budaya Melayu, meski yang ada padanya hanya keyakinan, ketegapan hati dan semangat waja. Baginda berjuang dengan kekuatan hujah, hukum, norma, adat dan kata-kata bijaknya. Baginda dikenali sebagai PEREMPUAN YANG MELAWAN DENGAN SERIBU KATA

Engku Puteri Raja Hamidah ,memperkenalkan dan memakai kurung baju berpesak kembang dan berkekek dan berkain ombak lipat mengalun.Baju kurung ini menjadi pakaian rasmi IPG Kampus Perempuan Melayu.

Mulai 1 Januari 2010 Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka dikenali dengan nama PUSAT SUMBER PUTERI 

pusat sumber puteri

Pusat Sumber Puteri, merupakan gerbang ilmu dan maklumat kepada warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu Melaka. PSPuteri ditubuhkan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan kurikulum institut.

PSPuteri menggunakan perisian automasi ILMU sebagai sistem automasi. Sistem ini memudahkan pengurusan pusat sumber dan juga memudahkan pengguna mengakses maklumat bahan yang terdapat dalam PSPuteri dengan cepat. Perkhidmatan maklumat yang berkualiti ini penting bagi memastikan pengguna mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan sama ada dalam format bercetak atau bukan bercetak dengan tepat dan cepat. Pusat sumber memainkan peranan yang penting di dalam memenuhi setiap keperluan maklumat semasa pengguna.