Perkhidmatan PUSAT SUMBER PUTERI
Perkhidmatan [Peminjaman]
PINJAMAN
Hanya ahli berdaftar sahaja diberikan kemudahan pinjaman. Pengguna hendaklah menunjukkan kad pelajar/ staf ketika membuat pinjaman. Pinjaman boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan.
Peraturan meminjam bahan adalah seperti berikut:
- Mesti berdaftar sebagai ahli pusat sumber
- Mesti menunjukkan kad pelajar.staf setiap kali membuat pinjaman.- Dilarang membuat pinjaman bagi pihak pengguna lain.
- Adalah menjadi kesalahan menggunakan kad pengguna lain untuk membuat pinjaman.
- Peminjam bertanggungjawab sepenuh ke atas bahan yang dipinjam
- Bahan mesti dipulangkan mengikut tarikh pemulangan yang ditetapkan.
- Denda akan dikenakan jika peminjam menghilangkan bahan,merosakkan atau lewat memulangkan bahan yang dipinjam.
- Bahan pusat sumber yang dibawa keluar mesti melalui pinjaman yang sah.
Perkhidmatan [Pemulangan]
PEMULANGAN
- Bahan yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang ditetapkan.
- Denda akan dikenakan kepada pengguna yang lewat memulangkan bahan.
- Notis peringatan pertama akan dihantar kepada pengguna dan salinan kepada mentor.
- Notis peringatan kedua akan menyusul selepas 14 hari dari notis pertama dikeluarkan dan salinan kepada mentor dan penjaga.
WAKTU OPERASI PUSAT SUMBER
ISNIN - KHAMIS
8.30 PAGI - 4.30 PETANG
JUMAAT
8.30 PAGI - 4.30 PETANG
12.15 TGH - 2.45 PETANG (REHAT)
BILIK RUJUKAN KHAS
ISNIN - JUMAAT
8.30 PAGI - 4.30 PETANG
1.00 TGH - 2.00 PETANG (REHAT)
CUTI AM TUTUP
PERATURAN
- Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/ staf semasa berada di dalam pusat sumber
- Keahlian tidak boleh ditukarmilik
- Dilarang membawa masuk beg, bungkusan dan payung ke dalam pusat sumber. Sila simpan di rak penyimpanan yang disediakan.
- Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam pusat sumber. Pelajar mesti mematuhi Peraturan Pakaian Pelajar yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
- Semua bahan yang dibawa keluar mesti ditunjukkan kepada staf pusat sumber di kaunter.
- Pengguna mesti berkelakuan baik, sopan dan dilarang makan dan minum di dalam pusat sumber.
- Dilarang berbual atau berbuat bising dan mengganggu ketenteraman dalam pusat sumber. Pengguna akan diarahkan keluar jika berbuat demikian.
- Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa berada di dalam pusat sumber. Pengguna dikehendaki menukar ke mod senyap dan keluar dari pusat sumber untuk menjawab panggilan.
- Dilarang mengalih perabot atau menyalahgunakannya
- Dilarang membuang sampah di dalam atau di luar pusat sumber
- Pengguna yang hendak membuat salinan bahan hendahlah bertanggungjawab sepenuhnya perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Hak Cipta 1987
- Kehilangan kad pelajar/pekerja atau bahan hendaklah dilaporkan segera ke kaunter perkhidmatan.
- Staf pusat sumber berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
- Pensyarah tidak dibenarkan menjadikan pusat sumber sebagai kelas kecuali kelas yang berkaitan dengan pengurusan maklumat.
- Pusat sumber berhak menambah dan meminda peraturan dari semasa kesemasa.