PENGENALAN

Pusat Sumber Puteri, merupakan gerbang ilmu dan maklumat kepada warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu. Ia memainkan peranan penting sebagai sebuah pusat pengurusan ilmu dan maklumat. PSPuteri ditubuhkan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan kurikulum Institut.


PSPuteri menggunakan perisian automasi ILMU sebagai sistem automasi. Sistem ini memudahkan pengurusan pusat sumber dan juga memudahkan pengguna mengakses maklumat bahan yang terdapat dalam PSPuteri dengan cepat. Pencarian maklumat boleh dibuat melalui terminal-terminal komputer dan sistem OPAC yang disediakan.


Sebagai gerbang ilmu dan maklumat, PSPuteri sentiasa berusaha menambahbaik kualiti perkhidmatan bagi mencapai objektif dan matlamatnya disamping mewujudkan suasana kondusif, suasana keilmuan yang sihat dan menarik untuk dimanafaat oleh warga IPG Kampus Perempuan Melayu