Pendaftaran Ahli dan Kumpulan


KUMPULAN

  • Sesebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja.

BILANGAN ANGGOTA

  • Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 orang pemimpin.

  • Jika ahli melebihi 48 orang ia boleh dibahagikan kepada beberapa pasukan.


PENDAFTARAN

  • Setiap kumpulan hendaklah didifaftarkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dengan mengisi borang:

  • PPM 8: Permintaan bagi pendaftaran kumpulan.

  • PPM 1 (A): Pendaftaran keahlian 9setiap tahun).

  • PPM 1 (B): Borang kawalan (statistik).

  • PPM 9: Permohonan Tauliah sebagai Pemimpin dalam Kumpulan.


PROSEDUR PENDAFTARAN AHLI

  • Mohon pemimpin kumpulan/unit/ sekolah untuk mengikuti prosedur berikut untuk pendaftaran keahlian di kumpulan/sekolah masing-masing :

  • Edarkan borang individu PPM1A (ahli pengakap) dan PPM1B (pemimpin), boleh diperoleh dari Menu muat turun blog ini.

  • Borang dikumpulkan semula sebagai rekod pengurusan kumpulan.

  • Yuran keahlian : Pemimpin/Pen. Pemimpin (RM10.00) dan Ahli PKK/PM/PR (RM7.00)

  • Muat turun fail Ms Excel untuk pendaftaran kelompok/sekolah, kemudian lengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang berkenaan.

  • Buat bayaran secara dalam talian (maklumat seperti imej di bawah).

  • Hantar borang kelompok Ms Excel yang telah lengkap kepada koordinator pendaftaran daerah (En. Izzat Haziq – 017-7703050 atau En. Aziz – 0127005936) pada atau sebelum 15 Mei 2022 melalui aplikasi Telegram.

  • Tunggu pengesahan penerimaan bayaran oleh pihak pengurusan daerah.


BORANG PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN (setiap tahun)

BORANG KAWALAN (statistik)

BORANG KUMPULAN DATA AHLI KUMPULAN