Istiadat-Istiadat Rasmi Penubuhan


ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA

  1. Ahli pengakap dalam keadaan sedia dalam bentuk ladam kuda menghadap ke tiang bendera.

  2. Pemimpin bertugas akan melaporkan dan meminta kebenaran daripada Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memulakan Istiadat Bendera.

  3. Pemimpin bertugas akan balik ke tempatnya dan memberi arahan ‘Bendera’. Semua ahli menghadap ke arah bendera. Petugas keluar terus ke tiang bendera, berhenti satu langkah di hadapan tiang bendera. Petugas menarik tali bendera dengan tangan kanan, bergerak selangkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera – semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap menghormati bendera. Semua menjatuhkan tangan selepas petugas menjatuhkan tangannya. Petugas balik ke tempatnya di dalam barisan.

  4. Ini akan diikuti pula dengan nyanyian lagu kebangsaan. Pemimpin bertugas akan memberi arahan ‘Menyanyikan Lagu Negaraku’. Semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap menyanyikan Lagu Negaraku bersama-sama.

  5. Diikuti pula dengan bacaan doa. Pemimpin bertugas akan memberi arahan ‘Doa’. Petugas akan bergerak satu langkah ke hadapan dan memberikan arahan ‘Ap’ dan doa dibacakan. Ahli pengakap yang bukan beragama Islam berdoa mengikut cara agama masing-masing dengan menundukkan kepala. Selepas tamat doa dibaca, petugas memberikan arahan ‘Ap’ untuk menurunkan tangan.

  6. Pemimpin bertugas akan melapurkan sekali lagi bahawa istiadat selesai dan menjemput Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memberikan ucapan / taklimat / teguran dan sebagainya.

  7. Setelah selesai ucapan oleh Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan, Pemimpin bertugas akan memberikan arahan ‘Keluar Baris’. Istiadat mengibarkan bendera tamat.


ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA

  1. Dua orang pengakap dengan pakaian uniform diperlukan bagi menyempurnakan istiadat ini.

  2. Pengakap hamper ke tiang bendera. Seorang membuka tali ikatan dan seorang lagi bersedia dengan wisel.

  3. Pengakap meniup wisel panjang sekali. Semua yang hadir dikehendaki berdiri sedia.

  4. Pengakap menurunkan bendera perlahan-lahan dan pastikan bendera tidak menjejak ke bumi.

  5. Bila bendera telah diturunkan, pengakap meniup wisel sekali panjang menandakan istiadat menurunkan bendera tamat.

  6. Kedua-dua pengakap bertugas hendaklah melipat bendera berkenaan dan menyerahkannya kepada pemimpin / urusetia.


ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KEMAJUAN (PPK)

  1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu.

  2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera.

  3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan).

  4. Taklimat Akela tentang pentingnua lencana yang diterima oleh penerima.

  5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat.

  6. Akela menyemat lencana.

  7. Lencana Kemajuan di kiri lengan baju dan Lencana Kepandaian di kanan lengan baju.

  8. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”.

  9. PKK tabik hormat.

  10. Pek berikan sorakan “tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana.

  11. PKK balik ke sekawan masing-masing.