Sejarah Pengasas


Pengasas Pengakap : Lord Baden Powell

  • Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP.

  • Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907.

  • Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell.

  • Beliau dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park,London.

  • Bapa: Reverend H.G Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford.

  • Ibu: anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T Smyth.

  • Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.

  • Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun.

  • Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah sewaktu kecil lagi.

  • BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1963.

  • Pada tahun 1899 , semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwa ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major General yang termuda

  • Beliau telah mengadakan satu perkhemahan percubaan di Brownsea Island pada tahun 1907. Beliau merupakan “Scout Master” atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.

  • Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku “Aids to Scouting” kepada “Scouting for Boys”. Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia.

  • Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral.

  • Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut.

  • Pada tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.

  • Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World.

  • Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.

  • Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir “Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941.” Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud “Gone Home“.

  • Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: "Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu".