• ISBD adalah maklumat untuk membuat penerangan bibliografik dalam bentuk yang boleh dibaca oleh manusia yang standard, terutama untuk digunakan dalam bidang katalog perpustakaan.

  • Tujuan ISBD adalah untuk menyediakan satu bentuk standard berkenaan maklumat bibliografik yang boleh digunakan untuk menukar rekod di peringkat antarabangsa.


  • Kewujudan Internet dan ISBD telah membolehkan proses peniruan katalog (copy cataloguing) berlaku dengan mudah.

Tanda Baca Standard

Ketertiban Struktur ISBD

Peraturan Pengkatalogan Bahan Sumber Berdasarkan ISBD

Sebelum sesuatu bahan di pusat sumber dikatalogkan; pengkatalog memerlukan beberapa punca akses ataupun disebut sebagai entri. Entri adalah satu rekod dalam sistem katalog berdasarkan pernyataan penanggungjawab sesuatu bahan yang dikatalogkan. Antara tiga jenis entri yang menjadi keperluan sesebuah pusat sumber iaitu entri pengarang, judul dan perkara. Di antara ketiga-tiga jenis entri ini pengkatalog perlu memilih salah satu daripadanya untuk dijadikan entri utama.

Entri selainnya, akan dinamakan sebagai entri tambahan. Lazimnya entri utama yang dipilih adalah di bawah nama pengarang ataupun judul. Entri tambahan boleh dibuat oleh seorang pustakawan mengikut keperluan pusat sumber tersebut. Oleh yang demikian, banyak pustakawan akan menjadikan tajuk perkara berkaitan bahan sumber tersebut sebagai entri tambahan.

Berikut adalah panduan ringkas untuk menentukan entri utama dan entri-entri tambahan dalam proses pengkatalogan berdasarkan pernyataan penanggungjawab. Proses ini adalah sama untuk kad katalog maupun sistem OPAC.

Di sini disertakan contoh entri utama dan beberapa entri tambahan untuk rujukan dan panduan anda. Perhatikan bahawa semua maklumat dalam pengkatalogan adalah disusun mengikut ketertiban struktur ISBD yang telah diterangkan di atas.

KATALOG ENTRI UTAMA

KATALOG ENTRI TAMBAHAN

(PERKARA)

KATALOG ENTRI TAMBAHAN (PENTERJEMAH)

KATALOG ENTRI TAMBAHAN (JUDUL)