MAKLUMAT BIBLIOGRAFIK

Maklumat/ Deskripsi Bibliografik Standard Antarabangsa atau International Standard Bibliographic Description (ISBD) adalah satu set peraturan yang dihasilkan oleh Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa atau International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA). ISBD adalah maklumat untuk membuat penerangan bibliografik dalam bentuk yang boleh dibaca oleh manusia yang standard, terutama untuk digunakan dalam bidang katalog perpustakaan. Susunan maklumat standard ini, kekal releven dan boleh diakses oleh peranti komputer dengan penghasilan sistem kod bar (barcode system). Tujuan ISBD adalah untuk menyediakan satu bentuk standard berkenaan maklumat bibliografik yang boleh digunakan untuk menukar rekod di peringkat antarabangsa. Proses ini membolehkan maklumat dikongsi secara menyeluruh dan membolehkan proses pengkatalogan dilaksanakan. Tanpa ISBD, maklumat dalam pengurusan bahan sumber di perpustakaan yang kepelbagaian bentuk akan bertindih-tindih. Di zaman sekarang, dengan kewujudan Internet dan ISBD telah membolehkan proses peniruan katalog (copy cataloguing) berlaku dengan mudah. Pada era IR4.0, proses peniruan katalog memudahkan tugas pustakawan dalam setiap sistem automasi pusat sumber.

KATALOG

Tujuan penggunaan sesuatu katalog adalah seperti berikut:

i. Untuk memudahkan pengguna mencari bahan atau maklumat tentang sesuatu koleksi di pusat sumber sekiranya ia mengetahui sama ada nama pengarang atau judul ataupun tentang perkara.

ii. Untuk menunjukkan bahan-bahan yang sedia ada di perpustakaan atau pusat sumber tentang;

a. seseorang pengarang

b. tajuk perkara

c. dalam sesuatu format atau bentuk bahan.

Katalog dapat disediakan dalam bentuk seperti berikut:

• Kad.

• Buku.

• Helaian kertas

• Pita computer

• Mikrofom/mikrofis

• Paparan komputer/ OPAC

Di kebanyakan PSS, katalog adalah dalam bentuk kad ataupun paparan menggunakan sistem komputer yang dikenali sebagai sistem automasi. Kad Katalog adalah pemandangan biasa bagi pengguna PSS untuk beberapa generasi, tetapi telah digantikan dengan berkesan oleh capaian katalog awam dalam talian (OPAC). Sesetengah orang masih merujuk kepada katalog dalam talian sebagai "satu kad katalog". Beberapa PSS yang mempunyai capaian OPAC masih menggunakan kad katalog di lokasinya sebagai sumber kedua dan jarang dikemaskini. Terdapat PSS telah menghapuskan kad katalog mereka dan beralih kepada menggunakan OPAC sepenuhnya bagi tujuan menjimatkan masa pengurusan dan ruang.