Istiadat-istiadat Rasmi Pertubuhan

Pergerakan pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan. Antaranya ialah memahami dan membina perasaan cinta akan negara seperti menyanyi lagu Negaraku dan Negeri serta menghormati bendera dengan mengibarkannya. Istiadat-istiadat ini bertujuan membentuk dan melatih disiplin/ sikap positif dan peraturan-peraturan yang baik, mengingati semula asas dan asal usul pengakap, menyuburkan semangat persaudaraan dan perpaduan, menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan, melatih diri mentaati Tuhan serta penghargaan kepada pemimpin.

Istiadat Mengibarkan Bendera

  • Kedudukan peserta dalam keadaan bulatan manakala jurulatih perlu sebaris di belakang tiang bendera, menghadap peserta, ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua.

  • Kemudian, bendera pula dalam keadaan sudah bergulung dan terikat di puncak tiang.

  • Dari segi perjalanan upacara pula peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih, petugas berdiri di tengah-tengah.

  • Bila jurulatih masuk (perintah ) “ baris sedia ”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara.

  • Petugas mara ke hadapan memberi hormat dan memberi ucapan seperti “Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara”.

  • Kemudian petugas memberi hormat, pusing belakang dan bergerak ketempat asal lalu petugas memberi arahan.

  • Setelah itu, petugas bergerak menghadap bendera dan pengibar bendera terus tarik tali bendera lalu peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik.

  • Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang danhormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera.

  • Petugas memberi arahan menyanyi lagu “Negara ku ” dan semua menyanyi.

  • Petugas memberi perintah membaca Doa - isyarat “ Ap ”.

  • Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “ Ap ” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia.

  • Petugas memberi arahan persetiaan - isyarat “ Ap ”

  • Petugas terus angkat tangan,diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan.

  • Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua dan memberi hormat

    • lapor “ Istiadat selesai - majlis diserahkan kepadatuan ”

    • pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera)

    • perintah “Baris senang diri” lalu jurulatih bertugas melaksanakan tugasnya apabila selesai barulah arahan “Baris keluar baris”.

Istiadat Menurunkan Bendera

  • Kedudukan peserta mestilah dalam bulatan manakala jurulatih berada di belakang tiang bendera menghadap peserta.

  • Berikut merupakan aturan upacara:

1. Petugas : (Beri arahan ) “PEK ! Sedia ”

2. Petugas : (Beri arahan ) “ Bendera ” semua mengadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera

3. Petugas : (Beri arahan ) “ Serahkan bendera kepada ketua ” PKK bergerak(arahan ) “ Ap ” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak mengadap ketua,beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balikke sekawan

4. Petugas : (beri arahan ) “ Doa ” - “ Ap ” - angkat tangan. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “ Ap ” - turun tangan

5. Petugas : (beri arahan ) “PEK ! Bersurai ”

Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan (PKK)

  • Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin.

  • Mula-mula, Laung Agung dijalankan terlebih dahulu kemudian, Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera lalu Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya(di tengah bulatan).

  • Seterusnya, Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima lalu Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat.

  • Akela menyematkan lencana(Lencana Kemajuan di kiri lengan baju- Lencana Kepandaian di kanan lengan baju, Akela bersalam dan ucapan “ Syabas ”).

  • PKK tabik hormat dan apabila selesai semua - Pek beri sorakan “ Tahniah ” dan dijawab oleh penerima lencana.

  • PKK balik ke sekawan masing-masing

Istiadat Melantik

  • PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia.

  • Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan

  • Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela .Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya.

  • Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri disebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian

  • Akela : “ Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak ” PKK baru : “ Ya, Akela ”

  • Akela : “ Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap ” PKK baru : “ Ya, Akela ”