Persetiaan/Ikrar dan Undang-undang

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: -

1) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;

2) Menolong orang pada setiap masa;

3) Menurut Undang-Undang Pengakap.

Isyarat tangan persetiaan pengakap

Undang-undang pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-

bapanya, orang-orang di atas dan orang-orang yang dibawahnya.

3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa

negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala

patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9. Pengakap itu jimat dan cermat

10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya