Tanggungjawab Pemimpin

  1. Seorang pemimpin wajib menghadirkan diri pada setiap sesi perjumpaan, sesi latihan dan kegiatan kumpulan yang dilaksanakan.

  2. Berkebolehan untuk memberi panduan dan nasihat kepada Ketua Majlis Patrol supaya menyediakan segala rancangan latihan dan aktiviti tahunan, bulanan dan mingguan.

  3. Menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa serta informasi terkini mengenai kegiatan Persekutuan Pengakap Tempatan atau Negeri kepada Majlis Ketua Patrol.

  4. Memberi latihan dan pengetahuan berpengakap kepada ketua patrol dan seterusnya kepada semua ahli pengakap .

  5. Menasihati Majlis Ketua Patrol untuk mengadakan kerja atau aktiviti luaran, misalnya aktiviti gotong-royong, perkhemahan, perkelahan, lawatan,pengembaraan dan sebagainya.

  6. Membahagikan segala tugas di antara pemimpin dan penolong pemimpin dalam kumpulan tertentu.

  7. Memastikan dan menjalankan rancangan- rancangan dengan sempurna dan teratur.

  8. Melaporkan segala aktiviti dan gerak kerja kumpulan kepada Persekutuan Pengakap Tempatan dan Negeri.

  9. Mendapatkan bantuan, pertolongan dan kerjasama daripada Majlis Jawatankuasa Kumpulan terutama dalam aspek kewangan dan peralatan yang diperlukan.

  10. Mengawasi dan menjaga semua peralatan kumpulan supaya sempurna walaupun tugas ini dibantu oleh (Quarter Master) Peralatan Kumpulan.


Buku Catatan yang Perlu Disediakan oleh Pemimpin Kumpulan

  • Buku pendaftaran ahli dan biodata setiap ahli seperti rekod diri pengakap.

  • Rekod kedatangan ahli dan pemimpin pada semua kegiatan sama ada perkhemahan, perkelahan, lawatan, pengembaraan dan sebagainya.

  • Buku stok peralatan kumpulan.

  • Buku perlatan kumpulan (untuk catatan Quarter Master peralatan). Buku ini bertujuan untuk mencatat butiran mengenai peminjaman barang- barang kumpulan. Perkara yang perlu dicatatkan adalah seperti tarikh, barang dipinjam tandatangan peminjam, bilangan, tarikh dihantar, tandatangan dan catatan.

  • Buku kegiatan kumpulan. Ketua patrol bertugas hendaklah mengisi buku laporan tentang kegiatan kumpulan yang berkenaan. Butiran-butiran yang perlu diselitkan adalah seperti nama pemimpin yang hadir, masa bermula dan berakhir sesuatu aktiviti, tarikh, tempat dan kegiatan- kegiatan.

  • Buku rancangan yang dijalankan bagi mingguan, bulanan dan seterusnya tahunan.

  • Buku kewangan kumpulan (wang masuk dan wang keluar).

  • Buku minit mesyuarat Majlis Ketua Patrol.

  • Album kumpulan dan patrol.