• Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia, mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka.

  • Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara-negara Arab dan negara-negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Sekarang ini sebanyak dua puluh sembilan buah negara telah menggunakan lambing Bulan Sabit Merah untuk menandakan kakitangan-kakitangan dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva.

  • Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah secara sembarangan. Sebarang pengecilan atau pembesaran lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai dan elemen yang telah ditetapkan.

COGAN KATA BSMM

“Inter arma carita”

(Dalam peperangan ada kebajikan)

“Per Humanitatem ad pacem”

(Melalui kemanusiaan menuju keamanan)