BENDERA BSMM

UKURAN PIAWAI BENDERA BSMM

Gambar rajah di sebelah menunjukkan ukuran piawai bagi Bendera Bulan Sabit Merah. Contoh yang ditunjukkan adalah berdasarkan kepada saiz rasmi bendera berukuran 150cm Panjang dan 100cm lebar. Sebarang pebgecilan dan pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah dan ukuran piawai yang ditetapkan.

LAGU PERTUBUHAN

  • Lagu “Bulan Sabit Merah” untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun 1975 semasa majlis penukaran nama persatuan daripada Pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysia Red Cross Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (Malaysia Red Crescent Society).

  • Kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kali ke-116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini sekali lagi melalui penjenamaan semula dan dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysia Red Crescent) atau secara ringkasnya disebut BSMM.