• Aktiviti-aktiviti di peringkat Chapter biasanya dijalankan oleh unit-unit bahagian Kumpulan Perkhidmatan Kebajikan, Pasukan Bantuan Sukarelawan dan sekolah-sekolah.

  • Struktur unit di sekolah terdiri daripada:

- Kanak-kanak (Link)

- Belia (Youth)

  • Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.

  • Setiap unit mempunyai pegawai masing-masing.

  • Bagi unit Belia, Pegawai Belia ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua.

  • Bagi unit kanak-kanak, Pegawai Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh Guru Besar.

  • Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit khas yang menunjukkan unit itu dari cabang dan bahagian masing-masing.

Contohnya, unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari cabang Perak merupakan Youth (Belia) dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke-118 didaftarkan.