LATAR BELAKANG PENGASAS

Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1859. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya 'A Memory of Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.

Buku itu mencadangkan :

Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.

Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu .

Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk.

LATAR BELAKANG

Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant) lahir pada 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heiden, Zurich, Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat.

Henry Dunant dilahirkan Geneva, Switzerland. Bapanya ahli perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon. Keluarganya penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga elit di Geneva. Ibu bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan masa membantu anak-anak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya bekerja di rumah sakit dan biasa membantu mereka yang miskin.

Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat kerja-kerja kebajikan di sebuah penjara Toulon, Switzerland. Pada 1846 Henry Dunant melihat sendiri pemberontakan dan menyertai Persatuan Geneva untuk Alm. Kemudian bersama rakan-rakan telah menubuhkan dan pengasas 'Thursday Association' iaitu satu pasukan muzik untuk mengkaji kitab Bible dan membantu mereka yang menderita. Dia melapangkan masa untuk melawat banduan di penjara dan pelbagai kerja sukarela lain.

Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan Persatuan Pemuda Kristian (Young Men's Christian Association / YMCA) cawangan Geneva. Tiga tahun kemudian Henry terlibat dalam mesyuarat di Perancis untuk mengasaskan pertubuhan antarabangsa tersebut.

Jean Henry Dunant

Pertempuran Solferino (1859)


PERTEMPURAN SOLFERINO

Pada 24 Jun 1859 Henry Dunant tiba di Solferino dalam perjalanan ingin menemui Napoleon III di Solferino. Ketika itu Solferino menjadi medan perang terbuka, kedua-dua pasukan tentera mati dan cedera, begitu juga dengan orang awam yang tidak terlibat telah menjadi mangsa peperangan.

Inisiatif Henry Dunant ialah :

  • membantu tentera yang cedera dan sakit.

  • Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan.

  • Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital sementara.

  • Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit .

  • Menggunakan kempen dan slogan 'Tutti fratelli' (Kitakan bersaudara) . Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delle Stiviere.

  • Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang telah ditawan oleh Perancis.


PENUBUHAN PALANG MERAH

Pada 1862 Henry Dunant telah menulis dan mencetak buku A Memory of Solferino kerana pengalaman berdarah di medan perang Solferino perlu dirakam dan diedarkan ke serata Eropah. 1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah. Cadangan utama : Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi membantu tentera yang cedera.

Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undang-undang Gustave Moynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam mesyuarat Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare) pada 9 Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya. Ahli lain ialah Gustave Moynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir. Mesyuarat pertama mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini dianggap sebagai tarikh penubuhan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC). Mulanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi, perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu idealis. Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-ideanya 'organisasi sukarela'. Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di Geneva bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'. Peranan Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh Gustave Moynier. Pada 1864 Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva.