IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bahawa kami

Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Dan pemerintah-pemerintah di negara kami Berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara

Bahawa kami berikrar

Akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang Serta arahan persatuan walau di mana kami berada

Bahawa kami berikrar

Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami Kepada mereka yang sakit dan menderita

Di waktu aman atau bencana

Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:

KEMANUSIAAN

KESAKSAMAAN

KEBERKECUALIAN

KEBEBASAN

KHIDMAT SUKARELA

KETUNGGALAN

KESEJAGATAN

LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


Bulan Sabit Merah Di

Malaysia Giat Berjasa

Untuk Negara

Tidak Kira Kaum Dan Agama

Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara

Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia

Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia

Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat

Dengan Tabah Dan Bersemangat