LAMBANG PALANG MERAH

Lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam

peraturan peperangan. Dipakai pada bendera yang digunakan di hospital,

ambulans dan pasukan keselamatan serta dipakai pada lengan orang yang

menandakan berada di pihak yang neutral. Bangunan, kenderaan atau orang

yang ada lambang ini tidak boleh diserang dan perlu diberi perlindungan dan

pertolongan oleh mana-mana pihak.

LAMBANG BULAN SABIT

Penggunaan lambang Bulan Sabit Merah sebagai lambang pertubuhan adalah mengikut Act 162, Malaysia Red Cross Society Act 1975 Bulan Sabit Merah – Berasal dari lambang palang merah yang telah diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan.


UKURAN PIAWAI LOGO

Berikut adalah panduan dan ukuran piawai bagi lambang Bulan Sabit Merah seperti mana dikeluarkan oleh pihak International Federation of Red Cross dan Red Crescent pada Jun 2008. Sesiapa yang mempunyai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah, tetapi tidak semestinya dilindungi oleh Konvensyen Geneva. Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai dan tiada sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih itu.

KEGUNAAN LAMBANG

IRCS dan IFRC berhak menggunakan lambang Palang Merah/ Bulan Sabit Merah/ Kristal Merah pada setiap masa, iaitu sewaktu konflik atau aman

PERANAN LAMBANG

TANDA PERLINDUNGAN

  • Seseorang atau objek tidak boleh diserang

  • Seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan undang-undang kemanusiaan

TANDA PENGENALAN

  • Menunjukkan bahawa orang atau sesuatu objek adalah berkaitan dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah

UKURAN PIAWAI BENDERA BSMM

Di bawah ini pula adalah ukuran piawai bagi bendera Bulan Sabit Merah. Contoh yang diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera berukuran 150cm panjang dan 100 cm lebar. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi bendera yang mempunyai lambang hendaklah juga mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan.

LAMBANG PERSATUAN ANTARABANGSA PERSATUANPERSATUAN

PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH (IFRC)

IRCS dan IFRC berhak menggunakan lambang Palang Merah/ Bulan Sabit Merah/ Kristal Merah pada setiap masa iaitu sewaktu konflik atau aman. Peranan lambang ini adalah untuk mengenal pasti seseorang atau objek sebagai tidak boleh diserang dan adalah di bawah perlindungan undangundang kemanusiaan (tanda perlindungan). Lambang IFRC mempunyai segi empat bergaris merah di latar belakang.