SEKOLAHKU SEJAHTERA

Apakah Konsep Sekolahku Sejahtera?

Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.

Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.

14 Elemen Nilai Murni

Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah, khususnya murid.

14 elemen tersebut adalah:

S – Selamat, Seronok dan Sihat

E – Etika dan Empati

J – Jati Diri

A – Adab Sopan

H – Harmoni

T – Tekun, Teliti dan Terampil

E – Eksplorasi

R – Rasional

A – Artikulasi


Secara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap, dihayati serta diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah. Dengan ini, kita akan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan mampu bersaing di peringkat dunia.

LIRIK LAGU TEMA SEKOLAHKU SEJAHTERA

Verse

Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercinta

Seronok belajar, selamat sentiasa

Sekolahku SEJAHTERA

Pre Chorus 1

Kesihatan diutama, kebersihan dijaga

Sama perkasa etika, integriti di jiwa

Kita selami empati, bina kasih insani

Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Chorus

Sekolahku_SEJAHTERA

Sekolahku_SEJAHTERA

Bangkitlah,

Generasi pewaris negara

Sekolahku_SEJAHTERA

Sekolahku_SEJAHTERA

Gemilanglah,

Malaysia di mata dunia

Post Chorus

SEJAHTERA

Sekolahku SEJAHTERA

Ayuh kita jayakan bersama

Pre Chorus 2

Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha

Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil

Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional

Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti