Logo SK Kota

MAKSUD LOGO / LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA

WARNA BIRU

Warna biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai. Warga Sekolah Kebangsaan Kota terdiri daripada pelbagai bangsa dan unik iaitu Melayu, India dan Pribumi yang tinggal sekitar kawasan sekolah. Perpaduan ini menjadi tunggak kepada kecemerlangan sekolah.

WARNA OREN

Warna oren merupakan salah satu warna sekunder yang dikaitkan dengan eksotik dan menghargai alam dan adat , keseronokan dan semangat. Pentadbir dan guru-guru sentiasa merancang aktiviti agar murid-murid sentiasa seronok dan bersemangat hadir ke sekolah.

BUNGA RAYA

Bunga raya merah yang tertera melambangkan ketaatan warga sekolah terhadap negara Malaysia yang dicintai. Iltizam yang tinggi sentiasa dicipta bagi menjayakan matlamat sistem pendidikan negara berteraskan melahirkan insan yang seimbang , baik, bijak lagi cerdik dan dapat menjadi aset yang berkualiti dan dapat berbakti kepada tanah air.

BUKU TERBUKA

Buku terbuka memberi maksud ilmu yang sentiasa menjadi nadi dan matlamat sekolah sentiasa diperluas dan dikemaskini. Imu  dan tabiat suka membaca menjadi wadah dan asas bagi  melahirkan modal insan yang cemerlang.

OBOR MENYALA

Obor diertikan sebagai semangat juang warga sekolah untuk mencapai matlamat misi dan visi sekolah. Ini diserlahkan dengan menjelmakan kecemerlangan dalam semua bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

TIGA GELONG

Tiga gelung merupakan lambang kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum yang memberi wajah cergas dan aktif. Ini menjadi sandaran kepada kejayaan akademik dan nilai murni yang ada pada murid-murid.

COGAN KATA ‘USAHA MAJU JAYA’

Warga sekolah sentiasa diterapkan bahawa tiada kejayaan dan kemajuan yang dapat dicapai tanpa usaha. Usaha ini digembeling secara berfokus dan dirancang dengan ideal supaya apa yang diilhamkan menjadi kenyataan !

Bentuk separa bulatan

Bentuk separa bulatan yang bercantum dengan bentuk rata di bahagian atas dan bentuk yang seni menampung cogan kata sekolah melambangkan kesepakatan dan kesepaduan sekolah dalam mendukung misi dan visi sekolah. Keseimbangan dan kesenian bentuk, warna dan lambang yang digarap  menjadi simbolik warganya yang dinamik dalam memperjuangkan harapan  ibu pertiwi.