PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
1. Menerajui keberkesanan pelaksanaan dasar dan program utama KPM.
2. Menerajui perancangan strategik pembangunan pendidikan daerah.
3. Menerajui keberkesanan pelaksanaan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran.
4. Menerajui pengurusan dan pengoperasian sekolah-sekolah di bawah bidang kawalan PPD.
5. Menerajui pengupayaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam memberi bimbingan dan sokongan kepada sekolah.
6. Menerajui pembangunan pendidikan insaniah, adab dan nilai murid.
7. Menerajui pembangunan potensi murid bekeperluan khas.
8. Menerajui khidmat pengurusan dan pentadbiran daerah merangkumi pengurusan kewangan, pengurusan aset dan pembangunan sumber manusia.
9. Menerajui jaringan dan jalinan dengan pihak berkepentingan untuk pembangunan pendidikan daerah.
10. Menyemak dan menyokong proses permohonan murid bukan warganegara dan murid tanpa dokumen di sekolah bawah kawalan PPD.
1. PERANCANGAN
1. Membangunkan pelan strategik pembangunan pendidikan daerah berfokuskan bimbingan dan sokongan kepada sekolah yang selari dengan dasar dan pelan pembangunan pendidikan KPM.
2. Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut (OBB).
3. Menyelaras pangkalan data sebagai pusat sehenti bagi PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD (termasuk swasta dan Pendidikan Khas).
4. Menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti merentasi sektor serta pelaksanaan inisiatif kualiti dan inovasi di peringkat PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD (termasuk swasta dan Pendidikan Khas).
5. Menyelaras aduan awam dan urusan maklum balas pendidikan.
2. PEMBELAJARAN
1. Merancang dan memantau pelaksanaan bimbingan dan sokongan dalam aspek:
a) kurikulum, pedagogi dan pentaksiran;
b) pengintegrasian sumber teknologi pendidikan dalam PdP dan pengurusan pusat sumber sekolah; dan
c) pendidikan khas, pendidikan islam dan pemulihan khas.
2. Menilai keberkesanan bimbingan dan sokongan dalam membangunkan guru dan pemimpin pertengahan sekolah;
3. Memantau, menilai dan menyelaras pelaporan pelaksanaan program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC);
4. Menyelaras analisis dan laporan pencapaian sekolah bagi memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi.
2.1 PENGUPAYAAN PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN SEKOLAH (SISC+)
1. Membimbing dan membangunkan Pemimpin Pertengahan (ML) daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran;
2. Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi;
3. Membimbing dan memberi sokongan kepada guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian;
4. Melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Perkembangan Profesionalime Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC);
5. Membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan sekolah; dan
6. Menggembleng Pemimpin Pertengahan (ML) dan guru-guru yang cemerlang untuk membimbing panitia dalam bidang masing-masing.
2.2 PENDIDIKAN ISLAM
1. Memberi bimbingan dan sokongan kepada:
a) sekolah dalam aspek pembangunan dan pelaksanaan program adab dan nilai; dan
b) guru dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran pendidikan islam.
2. Mengumpul dan menganalisis data pendidikan Islam di peringkat PPD.
2.3 PENDIDIKAN KHAS
1. Membimbing dan memberi sokongan kepada:
a) pentadbir sekolah dalam aspek pengurusan pendidikan khas;
b) guru dalam aspek kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan kokurikulum pendidikan khas; dan
c) pembantu pengurusan MBK.
2. Membimbing dan memberi sokongan kepada guru dalam aspek:
a) penempatan dan pertukaran persekolahan MBK.
b) melaksanakan program transisi MBK.
c) kemudahan mesra OKU dan pembangunan kelas pendidikan khas
3. Mengumpul dan menganalisis data Pendidikan Khas di peringkat PPD.
2.4 PEMULIHAN KHAS
1. Memberi bimbingan dan sokongan kepada guru dalam aspek:
a) penguasaan asas literasi dan numerasi; dan
b) peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas.
2. Mengumpul dan menganalisis data pemulihan khas di peringkat PPD.
2.5 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
1. Memberi bimbingan dan sokongan kepada guru dalam aspek:
a) pengintegrasian sumber teknologi pendidikan dalam PdP;
b) pelaksanaan inisiatif TMK di sekolah;
c) penerbitan bahan PdP dalam pelbagai media mengikut piawai yang ditetapkan;
d) pembangunan pusat sumber sekolah; dan
e) pembudayaan amalan membaca.
2. Merancang, menyelaras, melaksana dan melaporkan pelaksanaan penggunaan teknologi dalam PdP.
3. PENGURUSAN SEKOLAH
1. Menyelia pengurusan dan pengoperasian sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
2. Merancang dan menyelaras keperluan bimbingan dan sokongan kepada kepemimpinan sekolah.
3. Mengurus pengoperasian penempatan dan pertukaran guru di sekolah bawah kawalan PPD.
4. Menyemak dan mengesahkan cadangan penempatan dan pertukaran GPK dan PGB di sekolah bawah kawalan PPD.
5. Menguruskan pendaftaran murid warganegara di sekolah bawah kawalan PPD.
6. Memproses permohonan pendaftaran murid bukan warganegara di sekolah bawah kawalan PPD.
7. Memantau dan menentusahkan data murid warganegara dan bukan warganegara dan murid tanpa dokumen di sekolah bawah kawalan PPD.
8. Menyelia dan memantau pematuhan kurikulum di IPS di bawah kawalan PPD.
9. Menyelia pengurusan perhubungan dan pendaftaran peringkat daerah.
3.1 PENGUPAYAAN KEPIMPINAN SEKOLAH (SIP+)
1. Membimbing dan memberi sokongan dalam membangunkan pemimpin sekolah (Senior Leader Team, SLT) dalam keseluruhan aspek kepemimpinan dan pengurusan organisasi sekolah;
2. Memberi khidmat nasihat kepada pemimpin sekolah (SLT) mengenai program / intervensi yang sesuai berkaitan hal ehwal murid untuk dilaksanakan mengikut keperluan;
3. Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi;
4. Melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Perkembangan Profesionalime Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC);
5. memberi khidmat nasihat mengenai pelan penggantian dan pembangunan kapasiti; dan
6. membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan sekolah.
3.2 PRASEKOLAH DAN RENDAH / MENENGAH DAN TINGKATAN 6
1. Membimbing dan memberi sokongan kepada sekolah dalam aspek pengoperasian sekolah merangkumi:
a) Prasekolah;
b) Rendah;
c) Menengah;
d) Tingkatan 6; dan
e) Sekolah Jenis Khas.
2. Memberi bimbingan dan sokongan penyesuaian kepada guru baharu.
3. Melaksanakan penempatan dan pertukaran guru dalam daerah.
4. Menyediakan cadangan pemilihan pemimpin sekolah.
5. Mengumpul dan menganalisis data operasi pengurusan sekolah dalam kawalan PPD. (Termasuk swasta dan pendidikan khas).
6. Melaksanakan pendaftaran dan pertukaran murid dalam daerah.
7. Melaksanakan pengurusan perhubungan dan pendaftaran peringkat daerah.
3.3 PENDIDIKAN SWASTA
1. Membantu dalam pemantauan, pengawal seliaan dan penguatkuasaan ke atas institusi pendidikan swasta di bawah kawalan PPD.
2. Membantu dalam menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta (IPS).
3. Membantu dalam proses permohonan pendaftaran / memperbaharui pendaftaran guru IPS.
4. Mengumpul dan menganalisis data IPS dan pusat bimbingan alternatif (PBA).
5. Menyediakan kertas siasatan bagi tujuan tindakan perundangan.
6. Menyalur maklumat / data pelaksanaan Private Public Partnership (PPP) dengan IPS berdasarkan pelbagai bentuk kerjasama.
4. PEMBANGUNAN MURID
1. Merancang pelan bimbingan dan sokongan kepada sekolah dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan murid secara menyeluruh meliputi:
a) hal ehwal murid
b) asrama
c) pengurusan kesihatan, keselamatan, kebersihan
d) pengurusan bantuan Pendidikan (melibatkan kewangan) dan kebajikan murid
e) Skim Pinjaman Buku Teks [SPBT]
f) disiplin dan sahsiah
g) Pendidikan Pencegahan Dadah [PPDa]
2. Merancang pelan bimbingan dan sokongan kepada sekolah dalam aspek pembangunan bakat murid.
3. Memantau dan menilai keberkesanan bimbingan dan sokongan kepada sekolah dalam aspek pembangunan murid.
4.1 HAL EHWAL MURID
1. Membimbing dan menyokong sekolah mengikut keperluan dan kesesuaian dalam aspek pembangunan murid seperti:
a) hal ehwal murid
b) asrama
c) pengurusan kesihatan, keselamatan, kebersihan
d) bantuan pendidikan (melibatkan kewangan) dan kebajikan murid
e) Skim Pinjaman Buku Teks [SPBT]
f) Disiplin dan sahsiah
g) Pendidikan Pencegahan Dadah [PPDa]
2. Mengumpul dan menganalisis data pembangunan murid mengikut keperluan.
4.2 PEMBANGUNAN BAKAT MURID
1. Membimbing dan menyokong sekolah mengikut keperluan dan kesesuaian dalam aspek pembangunan bakat dan kepemimpinan murid.
2. Mengumpul dan menganalisis data pembangunan bakat dan kepemimpinan murid mengikut keperluan.
5. PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
1. Menyelaras pelaksanaan pentaksiran pendidikan dan peperiksaan mengikut SOP yang ditetapkan.
2. Memastikan aspek keselamatan bilik kebal dan kertas peperiksaan mengikut SOP yang ditetapkan.
3. Menyelaras dan memantau pengurusan pendaftaran calon peperiksaan mengikut bidang dan mata pelajaran.
4. Menyelaras dan memantau pelaksanaan pentaksiran Pendidikan dan peperiksaan awam dalam dan luar negara.
6. PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
1. Melaksanakan perkhidmatan kaunseling bagi organisasi.
2. Merancang dan menyelaras kursus berkaitan kaunseling bagi organisasi.
3. Mengumpul data dan memantau perkembangan pegawai yang menerima kaunseling.
4. Memberi khidmat nasihat berkaitan kaunseling di peringkat daerah.
7. PENGURUSAN
1. Menyelaras pelbagai proses urusan sumber manusia, kewangan, akaun, ICT dan Pentadbiran Am bagi memastikan kelancaran operasi PPD.
7.1 KEWANGAN, INFRASTRUKTUR & PEROLEHAN
1. Mengurus hal ehwal kewangan di peringkat daerah.
2. Mengurus dan memperakukan terimaan dan kutipan hasil.
3. Menguruskan dan menyelia pengurusan aset di PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut.
4. Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun Sekolah dan mempastikan tiada laporan audit bersyarat.
5. Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah.
6. Melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kecil untuk PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
7. Mengendalikan urusan perolehan untuk PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
8. Menyelaras urusan keperluan bangunan dan perolehan sekolah-sekolah di bawah seliaan PPD.
9. Penyelarasan akaun (termasuk sekolah-sekolah bukan PTJ).
10. Memantau perbelanjaan dan transaksi di PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
11. Menguruskan penyaluran peruntukan kepada sekolah-sekolah bukan PTJ.
12. Menguruskan keselamatan di PPD sentiasa terjaga.
7.2 SUMBER MANUSIA, ICT & PENTADBIRAN AM
1. Mengurus hal ehwal perkhidmatan/perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah.
2. Menguruskan hal perkhidmatan kakitangan di PPD.
3. Mentadbir pengurusan HRMIS.
4. Menguruskan program latihan kepada guru dan bukan guru di peringkat daerah.
5. Menguruskan pentadbiran am di PPD.
6. Melaksanakan pengurusan integriti di peringkat daerah.
7. Menyelaras dan mengendalikan penyelenggaraan perkakasan dan perisian sistem aplikasi.
8. Menyelaras dan mengendalikan Latihan penggunaan sistem aplikasi.
9. Melaksanakan kajian dan ulasan permohonan perolehan perkakasan komputer.
10. Menyelaras pemprosesan sistem aplikasi pengurusan dan penganalisaan data.
11. Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah.
12. Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi.
13. Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer.
14. Menyelenggara hardware dan sistem aplikasi di PPD dan sekolah.
15. Menyelenggara pengkalan data dan automasi proses.