Hala Tuju PPD Dungun : PPD Dungun menjadi pendahulu dalam bidang ICT dan pemangkin dalam bidang akademik, terkehadapan dalam Ko-kurikulum dan pantas dalam sahsiah serta kepimpinan.
Pegawai dan PGB yang berkualiti dan berkesan yang mampu meletakkan kepimpinan pada tahap tertinggi.
Inisiatif:
a. Memperkasakan kompetensi kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan pegawai
b. Mewujudkan kepimpinan lestari dalam kalangan PGB
c. Memastikan kepimpinan instruksional yang cemerlang di sekolah
Pegawai,PGB dan guru berupaya menjadi pakar rujuk dalam pelbagai disiplin ilmu, pengetahuan dan kemahiran.
Inisiatif:
a. Mengoptimumkan kepakaran warga PPD sebagai perancang kecemerlangan pendidikan
b. Mengupayakan PGB dan guru sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan
c. Meningkatkan kepakaran guru sebagai penggerak pembelajaran profesional
Berusaha memperoleh pencapaian terbaik dalam pelbagai bidang : Pengurusan dan pentadbiran, akademik, sukan dan permainan, kokurikulum, ko-akademik,HEM, peperiksaan awam, kehadiran dan lain-lain.
Inisiatif:
a. Memperkasakan sistem penyampaian pendidikan dalam kalangan warga PPD bagi melonjak kecemerlangan dalam semua bidang
b. Memantapkan kepimpinan dan pengurusan PGB berkesan bagi merealisasikan sekolah berkualiti
c. Meningkatkan kemenjadian murid dalam pelbagai disiplin kecemerlangan
Pegawai, PGB dan Guru berusaha memajukan diri dalam penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Inisiatif:
a. Memantapkan tahap kompetensi warga PPD dalam menerajui kecemerlangan pendidikan
b. Melahirkan PGB dan guru yang kompeten dalam menggerakkan usaha menerajui kecemerlangan pendidikan
c. Membangunkan bakat murid melalui intervensi yang berinovatif
Tindakan bersama dua atau lebih untuk menghasilkan tindakan padu yang lebih berkesan berbanding tindakan secara berasingan atau usaha sama antara individu, organisasi dan lain-lain yang hasilnya lebih baik berbanding jika usaha tersebut dilakukan secara sendirian (silo).
Inisiatif:
a. Mengoptimumkan pemuafakatan dalam kalangan warga PPD sebagai tonggak kecemerlangan organisasi
b. Meningkatkan kolaborasi antara warga sekolah dan PIBK dalam melonjakkan kecemerlangan sekolah
c. Mempergiat kesepakatan dalam membina nilai dan budaya cemerlang ke arah kemenjadian murid