Madrasah Addinniah Azzakiah, yang turut dikenali sebagai Pondok Lubuk Periok, terletak di Kampung Lubuk Periok, Ajil, Terengganu.
Madrasah ini menjadi tempat menuntut ilmu agama melalui sistem pengajian pondok, dengan pengajian secara talaqqi bersama guru serta pembacaan kitab-kitab turath, berbahasa arab sepenuhnya.
Selain menyediakan ruang pengajian kepada para pelajar, madrasah juga membuka ruang kepada masyarakat untuk bersama-sama menghadiri majlis ilmu dan mendalami ilmu agama.
Madrasah Addinniah Azzakiah (Pondok Lubuk Periok) telah ditubuhkan pada 11 Jun 2014 bersamaan 13 Syaaban 1435H oleh Tuan Guru Zaki bin Masur, bermakna buat masa terkini ianya sudah beroperasi lebih daripada 12 tahun.
Madrasah ini dibangunkan di atas kawasan seluas 3 ekar hasil daripada tanah yang diwakafkan oleh arwah ayahanda Tuan Guru sendiri bagi tujuan pengajian dan perkembangan ilmu agama.
Sejak penubuhannya, Madrasah Addinniah Azzakiah mengamalkan sistem pengajian secara bertalaqqi bersama Tuan Guru dengan menggunakan kitab-kitab turath berbahasa Arab sepenuhnya. Pengajian merangkumi pelbagai bidang utama ilmu Islam termasuk Usuluddin, Fekah, Tasawuf, Tafsir, Nahu dan Sorof.
Para pelajar menjalani kehidupan dalam suasana pondok yang sederhana, dengan setiap pelajar ditempatkan di sebuah pondok secara individu. Suasana ini memberi ruang kepada para pelajar untuk memberi tumpuan kepada pengajian, membentuk disiplin diri serta menjalani kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu.
Matlamat Madrasah Addinniah Azzakiah adalah untuk menyediakan ruang kepada para penuntut ilmu mendalami ilmu agama melalui pengajian secara bertalaqqi bersama guru dan pembacaan kitab-kitab turath.
Madrasah berusaha melahirkan penuntut ilmu yang bukan sahaja mempunyai kefahaman dalam ilmu agama, tetapi turut menjaga adab terhadap guru, beramal dengan ilmu yang dipelajari serta menjadikan ilmu sebagai panduan dalam kehidupan.
Pada masa yang sama, madrasah berhasrat untuk terus memelihara dan meneruskan tradisi pengajian pondok serta khazanah keilmuan Islam agar dapat diwarisi oleh generasi seterusnya.
Sistem pengajian di Madrasah Addinniah Azzakiah berteraskan kaedah talaqqi, iaitu para pelajar menuntut ilmu secara langsung bersama Tuan Guru dan para guru melalui pembacaan, penerangan serta huraian kitab.
Kitab-kitab turath berbahasa Arab menjadi asas utama pengajian dengan merangkumi bidang Usuluddin, Fekah, Tasawuf, Tafsir, Nahu dan Sorof.
Kehidupan pelajar pula berteraskan suasana pondok yang sederhana. Setiap pelajar tinggal di pondok masing-masing dan menjalani rutin kehidupan sebagai penuntut ilmu. Sistem ini memberi ruang kepada pelajar untuk membina disiplin, berdikari serta memberi tumpuan kepada pengajian dan pembentukan adab.
Pengajian bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi turut menekankan hubungan antara guru dan murid, adab dalam menuntut ilmu serta pengamalan ilmu dalam kehidupan seharian.
Madrasah Addinniah Azzakiah atau juga dikenali sebagai Pondok Lubuk Periok merupakan sebuah Institusi Pendidikan Islam yang terletak di Negeri Terengganu Darul Iman yang berdaftar secara rasmi dengan:
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) - Nombor Sijil Pendaftaran JHEAT 03-018/14/119
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - Nombor Sijil Pendaftaran JAKIM TZA5119