MADRASAH ADDINNIAH AZZAKIAH
(PONDOK LUBUK PERIOK)
(PONDOK LUBUK PERIOK)
JALAN MASJID LAMA, KAMPUNG LUBUK PERIOK, 21800 AJIL, TERENGGANU DARUL IMAN.
(JHEAT 03-018/14/119; JAKIM TZA5119)
Menuntut Ilmu • Membina Adab • Mendidik Jiwa
Madrasah Addinniah Azzakiah (Pondok Lubuk Periok) merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang terletak di Ajil, Terengganu.
Madrasah ini menyediakan ruang untuk para penuntut ilmu mendalami ilmu agama melalui pengajian secara talaqqi, pembacaan kitab-kitab turath daripada bimbingan Tuan Guru.
Semoga madrasah ini terus menjadi tempat berkembangnya ilmu, terbentuknya adab dan lahirnya generasi yang mencintai agama serta para ulama.
Pengajian di Madrasah Addinniah Azzakiah dijalankan melalui sistem pengajian pondok dan talaqqi bersama para guru.
Antara pengajian yang dijalankan merangkumi pengajian kitab turath, ilmu alat serta pengajian agama yang disusun mengikut jadual madrasah.
Pengajian di Madrasah Addinniah Azzakiah dipimpin oleh Tuan Guru Zaki Bin Masur, yang membimbing para pelajar dalam pengajian kitab dan ilmu agama.
Sekilas suasana kehidupan, pengajian dan aktiviti para pelajar di Madrasah Addinniah Azzakiah.