Tarikh: 16 Mei 2025 (Jumaat)
Masa: 8:00 pagi β 12:00 tengah hari
Tempat: Dewan SMAH
Tema: Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
Sambutan Hari Guru SMAH 2025 diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik yang telah menjadi tunjang kepada kejayaan sekolah dan pembangunan sahsiah pelajar. Tema tahun ini, "Guru Pemacu Reformasi Pendidikan", menekankan peranan guru sebagai agen perubahan utama dalam memacu transformasi sistem pendidikan negara .
Majlis ini diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan pelajar, cabutan bertuah untuk guru dan tayangan video dedikasi. Melalui sambutan ini, warga SMAH berpeluang untuk menzahirkan penghargaan dan kasih sayang kepada para guru yang telah banyak berjasa.
Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan ini sebagai tanda terima kasih kepada semua guru yang telah menjadi pemacu reformasi pendidikan di SMAH.
#SMAH #GURUPEMACUREFORMASI #SELAMATHARIGURU
MEMBINA GENERASI RABBANIΒ