KURSUS KEMAHIRAN BRAINSTORM CONTENT IDEA
16 Jun 2024 | Auditorium, Sekolah Menengah Al-Hidayah
Program ini bertujuan untuk memupuk kreativiti dan kemahiran dalam menghasilkan kandungan media sosial yang lebih menarik dan relevan untuk penonton SMAH.
Objektif utama kursus ini adalah:
1️⃣ Mewujudkan dan mengembangkan kreativiti dalam penghasilan konten.
2️⃣ Memahami pilihan dan keperluan penonton serta pengikut media sosial SMAH.
3️⃣ Mengoptimumkan penglibatan dan kesan konten kepada penonton.
Kursus ini berlangsung dalam suasana yang santai tetapi penuh informatif, dengan kehadiran semua ahli Unit Siber SMAH. Penceramah jemputan, saudara Aqil Junaidi, seorang alumni SMAH yang kini aktif dalam bidang pemasaran digital dan pembuatan konten, berkongsi pelbagai tip serta strategi yang berguna.
Kehadiran dan penglibatan peserta amat memberangsangkan, menunjukkan komitmen mereka untuk terus memajukan platform media SMAH. Kursus ini diharapkan menjadi permulaan kepada lebih banyak inisiatif kreatif dalam menghubungkan SMAH dengan komuniti lebih luas di dunia digital.
#StayCreative #BrainstormContent #SMAH