MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) TAHUN 2024 PERINGKAT JPS MALAYSIA
MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) TAHUN 2024 PERINGKAT JPS MALAYSIA
10 JUN 2024 (ISNIN), PUTRAJAYA l Majlis Perasmian Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) Tahun 2024 Peringkat JPS Malaysia telah dirasmikan oleh YBhg. Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah JPS Malaysia di Menara Usahawan, Putrajaya.
Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) yang diadakan secara dwitahunan bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada warga JPS untuk lebih berinovasi dan berkreativiti dalam mencipta seterusnya menghasilkan produk-produk inovasi yang dapat membantu memudahkan pelaksanaan kerja, meningkatkan produktiviti dan seterusnya penyampaian perkhidmatan kepada awam.
Turut hadir ke majlis perasmian ini ialah YBrs. Ir. Amiruddin bin Alaldin, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JPS Malaysia, YBrs. En. Khairul Anuar bin Abd. Rashid, Pengarah Bahagian Audit Prestasi serta Pengarah-Pengarah Bahagian dan JPS Negeri serta peserta HBKIK sebagai tanda sokongan terhadap pertandingan HBKIK pada kali ini.
Teks Ucapan Ketua Pengarah JPS Dato' Ir. Hj. Ahmad Anuar Bin Othman
Teks Ucapan Pengarah Audit Prestasi JPS Encik Khairul Anuar bin Abd. Rashid
Gambar Penuh Pertandikan HBKIK: Google Drive Pertandingan (1) dan Google Drive Pertandingan (2)