JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PEGAWAI LANTIKAN BAHARU JPS MALAYSIA
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PEGAWAI LANTIKAN BAHARU JPS MALAYSIA
1 JULAI 2024, Isnin | Seramai 51 pegawai lantikan baharu telah melapor diri ke Jabatan Pengairan dan Saliran. Lantikan baharu ini terdiri kepada daripada 26 orang Jurutera awam Gred 41 dan 25 orang Penolong Jurutera Awam Gred J29.
Kesemua pegawai ini telah melapor diri pada 1 Julai 2024 dan akan menghadiri kursus orientasi pegawai baharu JPS selama seminggu dan akan menerima watikah penempatan dalam majlis perhimpunan bulanan JPS pada 4 Julai 2024 yang akan disampaikan oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia.
Pengarah Kanan JPS Malaysia turut meluang masa menyambut dan menyampaikan ucapan selamat datang kepada semua pegawai lantikan baharu dan diikuti dengan taklimat dari semua bahagian dalam JPS Malaysia.
Jabatan mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang serta Selamat Berkhidmat sebagai penjawat Awam di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.