Syarikat kontraktror boleh dikatakan timbul bagai cendawan selepas hujan, sebab terlalu banyak pada saat ini! Namun nak dapatkan kontraktor yang betul-betul boleh dipercayai pun susah sebab dah terlalu kerap penipuan yang berlaku terpampang dalam dada akhbar dan terdengar atau pengalaman kenalan kawan anda sendiri yang menjadi mangsa sampai dah hilang kepercayaan dekat kontraktor yang ada. Yelah takut duit lesap bersama impian nak ada banglo sendiri. BETUL atau TIDAK
Ala risau pula ingin cari kontraktor yang betul betul tidak mengambil keuntungan semata mata, mungkin rumah yang dibina cantik tapi bagaimana dengan barang digunakan. Adakah berbaloi bayar mahal tapi the end kena banyak baiki pula ummmm nak senang bukan senang , nak susah tu memang senang. Macamana erkkk......
Penyelesaian :
Kami amat mementingkan kualiti bahan binaan. Segala spec yang diberikan adalah yang berkualiti tinggi dan kami sentiasa menggunakan tagline ''KEPUASAN ANDA KEPUASAN KAMI'' dan ''KUALITI KEUTAMAAN KAMI''.
Kalau cari kontraktor nie, boleh ke kalau saya tinggal jauh dari negeri yang saya ingin bina rumah. Kan tak pasal pasal setiap bulan bank buat potongan rumah tapi bila balik tak siap siap juga dan rumah tergendala. Nasiblah kalau tak betul betul cari kontraktor yang tulus siapkan projek.
Penyelesaian :
Kami mempunyai site supervisor berpengalaman yang akan memantau pembinaan banglo idaman anda. Ada yang tak kena dengan proses pembinaan ? boleh luah kat mereka nanti diorang akan handle. Dijamin layanan tiptop dari mereka. Nak luah isi hati pun boleh taw. Hehe
Nak bina rumah kat kampung tapi anda ada kat luar negeri kan ? So, segala urusan nak ke pejabat tanah or majlis daerah memang tak boleh la kan ? Masalah tu kami boleh selesaikan untuk anda, kami akan tolong settlekan urusan anda dari A-Z.
Ada kemudahan pinjaman kerajaan LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) untuk penjawat awam dan pinjaman bank kepada yang bekerja swasta atau pun bekerja sendiri tapi, ramai je yang tak tahu saluran yang betul untuk membuat pinjaman, macam-mana proses untuk membuat permohonan. Maybe belum pernah ada pengalaman so masih tiada pengetahuan la kan ? Kalau first time agak-agak korang macam tu tak.
Penyelesaian :
Kami juga sedia membantu anda untuk membuat permohonan pinjaman. Anda nak tahu prosesnya pun boleh jugak, kami boleh jelaskan. Para staf kami sangat berpengalaman mengenai proses pinjaman ini kerana mereka telah lalui pelbagai pengalaman sebelum ini.
Pernah terfikir tak? kalau kontraktor yang dah minta full payment tapi kerja-kerja baru je nak start. Katanya bagi melancarkan proses lah apa lah. Tak takut ke bila dah bagi full payment lepastu kontraktor tu hilang macam tu je. Haaa hati-hati yer.
Penyelesaian :
Bagi sesiapa yang ingin bina rumah dengan Znhhomeland secara tunai/cash, bayaran dibuat mengikut progress, kami guna khidmat lawyer sebagai orang tengah. So dari situ anda dapat menilai bahawanya kami sangat kominted dengan kewangan anda. Dan kami akan sentiasa update progress binaan di dalam platform media massa kami.
Janji siap tahun nie , dah berpeluh dan jemuh bila dapat jawapan yang sama, rumah tak siap jua. Bila kita bersuara kata tak cukup sabar, lah progress rumah tidak di update. Mana janji janji manis yang dilemparkan dahulu atau janji itu sekadar janji.
Penyelesaian :
Segala progress pembinaan akan dipantau dan ianya akan sentiasa dikemaskini agar siap dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Maka kualiti kerja juga akan meningkat. Segala masalah yang timbul masa pembinaan kami akan segera baikidan sentiasa di update.
Tanah banyak nama, berstatus pertanian lagi, jalan masuk tiada, tanah kena tambun, tanah pusaka macamana pula nak selesaikan, ada caranya ke makcik kiah ni cetek ilmu hartanah nie.
Penyelesaian :
Kami sedia membantu memberikan konsultasi secara percuma kepada pemasalahan yang membabitkan masalah tanah dan perumahan, pihak kami akan membantu sebaik mungkin jikalau anda memberikan kerjasama yang baik dengan kami untuk selesaikan pemasalahan anda.