ZNH HOMELAND SDN BHD
ZNH HOMELAND SDN BHD
Kami dari ZNHHOMELAND Sdn Bhd berbesar hati untuk membantu sesiapa yang ingin miliki rumah sendiri.
Kami adalah kontraktor yang berdaftar dan berpengalaman.
Segala urusan berkaitan dengan hartanah kami uruskan untuk anda sehingga dapat anak kunci dan penyerahan hakmilik hartanah.
Kepercayaan anda terhadap kami sangat berharga dan berterima kasih.
ANTARA KOLEKSI RUMAH YANG TELAH SIAP ZNHHOMELAND
KANDUNGAN
PROFIL SYARIKAT
ZNHHOMELAND Sdn Bhd dengan no.pendaftarannya adalah (1079326-H) adalah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada tahun 2014. ZNHHOMELAND telah diperbadankan pada dan mulai dari 29 haribulan Januari 2014 dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).. ZNHHOMELAND Sdn Bhd juga dikenali dibawah syarikat yang sama iaitu NIIMOHA Enterprise dan Teratak Mekar Resources.Dan dikendali oleh dua orang pengasas iaitu Nik Mohd Hasbi Bin Haji Abdul Razak dan Zainal Ariff bin Wahab @ Sulaiman. Tertubuhnya nama ZNH HOMELAND juga sempena nama pengasas iaitu ( Z- Zainal ) dan ( H- Hasbi ). Kerjasama antara mereka telah menghasilkan atau telah berjaya membantu ramai yang ingin merealisasikan untuk miliki rumah sendiri terutama dalam kalangan penjawat awam atau pejawat swasta.
.
Perlibatan dalam sektor hartanah dibawah syarikat yang sama iaitu Infinity Development & Properties sudah lama dari tahun 2009. Dan telah banyak projek yang telah dijalankan melibatkan secara Bina dan Jual mahupun Bina Atas Tanah Sendiri. Syarikat ini juga adakala bekerjasama dengan projek projek kerajaan kelantan. Kepercayaan yang terbina memberikan kesan yang baik untuk terus maju dalam sektor hartanah ini.
.
Alamat berdaftar ZNHHOMELAND Sdn Bhd ialah Lot 55 Tingkat 1 Bangunan Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV 15200 Kota Bharu Kelantan Darul Naim.
.
ZNHHOMELAND Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat kontraktor yang ditubuhkan dengan berteraskan perniagaan seperti :
1. Kerja-kerja kejuruteraan awam
2. Pembinaan bangunan
3. Kerja-kerja tanah
4. Pembinaan jalan
5. Pemaju perumahan
6. Pembekal & Pengedar ( Kementerian Kewangan)
.
ZNH HOMELAND SDN. BHD. juga telah berdaftar dengan :
1. Kementerian Kewangan (MOF)
2. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
3. Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
4. Persatuan Kontraktor Melayu Kelantan (PKMM)
.
Tiga prinsip utama yang menjadi pegangan ZNHHOMELAND iaitu KETELITIAN, KEKEMASAN dan KEPUASAN BERSAMA ternyata telah membuahkan hasil dalam pembangunan ekonomi syarikat ini dengan melibatkan syarikat lebih banyak dengan pembinaan projek-projek bina banglo, perumahan dan juga bangunan komersial.
Zainal Ariff bin Wahab @ Sulaiman & Nik Mohd Hasbi Bin Haji Abdul Razak
BACA LANJUT
MISI & VISI
Membangunkan Syarikat Ini Selaras Dengan Wawasan Baru Negara Malaysia
Menghasilkan Projek Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti Dan Rekabentuk Seiring Dengan Masa Terkini
Menjadikan Syarikat Yang Kukuh Dari Segi Modal, Organisasi Dan Pulangan Selaras Dengan Matlamat Syarikat Maju.
Menghasilkan Pekerja Yang Mahir Dalam Bidang Pembangunan Dan Pembinaan
Menjadi Kontraktor Yang Pakar Dan Berwibawa Dalam Bidang Hartanah Terutama Dalam Pembinaan
Memberi Tumpuan Khusus Yang Menyeluruh Dengan Mewujudkan Rangkaian Perkhidmatan Yang Bermutu Dan Memuaskan Serta Dapat Menyediakan Peluang Pekerjaan Untuk Orang Melayu
Merealisasikan Impian Setiap Orang Untuk Miliki Rumah Sendiri Dan Memberikan Kepuasan Yang Baik
IKUTI KAMI
Kami ZNHHOMELAND menggunakan media massa untuk MEMPROMOSIKAN , MENAWARKAN, dan juga MENUNJUKKAN hasil kerja kami dalam pembinaan rumah bagi merealisasikan impian untuk miliki rumah sendiri. Kami juga ada MEMBERIKAN beberapa info berkaitan hartanah untuk pengetahuan umum.
Anda boleh tekan button diatas untuk ke halaman kami
LOKASI KAMI
ZNH HOMELAND SDN. BHD.
Lot 55 Tingkat 1 Bangunan Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV 15200 Kota Bharu Kelantan Darul Naim
Email : znhhomeland@gmail.com
H / p : 019- 938 1789
Tele/Fax : 09-7471794
Links :