Perodua Myvi G adalah pilihan praktikal untuk mereka yang mencari kenderaan kompak, jimat minyak, dan mudah dikendalikan. Dengan ruang kabin yang lapang dan fleksibel, Perodua Myvi G sesuai untuk kegunaan harian sama ada di bandar atau perjalanan jauh. Varian ini mengekalkan ciri asas keselamatan dan keselesaan yang mencukupi, sambil menawarkan nilai yang berpatutan untuk kos bulanan dan penyelenggaraan. Perodua Myvi G adalah pilihan bijak bagi mereka yang ingin kereta kecil yang pratikal, selesa, dan mampu milik.
Perodua Myvi G (ASA) menawarkan gabungan penjimatan minyak,rekaan sporty dan ciri keselamatan lengkap dengan harga mampu milik. Dilengkapi dengan ASA (Advanced Safety Asssist), enjin 1.3L bertenaga,serta ruang dalaman yang luas. Aesuai untuk pemanduan harian, keluarga kecil dan mereka yang inginkan kereta mudah dijaga serta nilai resale tinggi.
Perodua Myvi X menawarkan gabungan gaya, keselesaan, dan ciri keselamatan tambahan. Dengan reka bentuk luaran lebih moden dan dalaman yang lebih selesa, varian ini memberi pengalaman pemanduan yang lebih yakin dan menyenangkan. Perodua Myvi X dilengkapi dengan sistem keselamatan tambahan seperti VSC, ABS, dan EBD, membolehkan pemandu lebih tenang di jalan raya. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan kereta kompak bergaya, praktikal, tetapi tetap dari segi keselamatan dan keselesaan.
Perodua Myvi H direka untuk pemandu yang menghargai keselesaan dan kelengkapan lebihn tinggi. Dengan interior lebih premium, ciri hiburan terkini, dan sistem keselamatan yang lebih lengkap, Perodua Myvi H memastikan setiap perjalanan tidak hanya selesa tetapi juga selamat. Ruang kabin yang luas dan fleksible menjadikan Myvi H ideal untuk keluarga kecil atau pemandu yang sering membawa penumpang. Varian ini mengekalkan nilai hebat untuk wang,dengan kos penyelenggaraan yang tetap mesra.
Perodua Myvi AV hadir sebagai pilihan terbaik untuk anda yang mahukan kereta compact tetapi penuh ciri moden. Dengan teknologi keselamatan pintar ASA, Myvi AV menawarkan perlindungan lebih menyeluruh setiap kali anda memandu—daripada amaran perlanggaran, brek kecemasan automatik hinggalah bantuan pemanduan yang memudahkan perjalanan. Ditambah pula dengan enjin 1.5L yang responsif dan jimat minyak, ia memastikan anda dapat menikmati pemanduan lancar tanpa membebankan poket. Dalaman yang luas, kemasan lebih premium, push start, serta sistem infotainment moden menjadikan setiap perjalanan lebih selesa dan bergaya. Ringkasnya, Myvi AV ialah kereta yang menggabungkan keselamatan, nilai dan prestasi—pilihan tepat untuk pemandu yang mahu sebuah kereta berkualiti tanpa kompromi.