VARIAN MODEL & WARNA
VARIAN MODEL & WARNA
OTR PRICE RM 36,252.71
Perodua Bezza E adalah pilihan paling dalam line-up Bezza, sesuai untuk mereka yang mencari kereta pertama atau kenderaan harian yang jimat. Dengan enjin 1.0L yang cekap bahan api, Bezza E memastikan perjalanan harian lebih ringan di poket, sementara kos servis yang rendah menjadikannya praktikal untuk penggunaan jangka panjang. Varian ini memberi fungsi asas lengkap untuk pemanduan selesa di bandar, sambil mengekalkan gaya minimalis yang elegan. Pilihan bijak untuk mereka yang mementingkan kos, tanpa mengorbankan keselamatan asas.
OTR PRICE RM 38,309.83
Bagi mereka yang mahukan keselesaan pemanduan automatik dengan harga berpatutan, Perodua Bezza G adalah jawapannya. Varian ini menawarkan kelengkapan harian yang cukup untuk untuk perjalanan rutin, sambil mengekalkan enjin jimat minyak yang sesuai untuk penggunaan bandar. Rekaan dalaman yang praktikal dan ruang kabin yang lebih selesa menjadikannya ideal untuk keluarga kecil atau pemandu yang ingin kereta compact tapi tetap bergaya. Perodua Bezza G membolehkan pengalaman memandu yang selesa tanpa tekanan, dengan kos bulanan yang rendah.
OTR PRICE RM 45,930.31
Perodua Bezza X menonjolkan dengan gabungan gaya dan ciri keselamatan tambahan. Dengan reka bentuk luaran lebih elegan dan dalaman yang selesa, Perodua Bezza X memberikan pengalaman memandu yang menyenangkan untuk harian dan perjalanan jauh. Varian ini dilengkapi ciri keselamatan lebih baik, termasuk ABS dan VSC, membolehkan pemandu lebih yakin di jalan raya. Perodua Bezza X sesuai untuk mereka yang ingin sedan kompak tetapi tetap bergaya dan lengkap dengan fungsi keselamatan serta keselsaan tambahan.
OTR PRICE RM 52,095.67
Perodua Bezza AV adalah varian paling lengkap, direka untuk mereka yang mementingkan keselamatan dan keselesaan maksimum. Dilengkapi Advanced Safety Assist (ASA),interior premium, sistem hiburan lengkap, dan pelbagai kemudahan moden, Perodua Bezza AV memastikan setiap perjalanan selesa dan selamat. Walaupun harganya sedikit lebih tinggi, nilai yang diterima dari segi keselamatan, gaya premium, dan kelengkapan menjadikannya pelaburan bijak untuk jangka panjang. Varian ini sempurna untuk pemandu yang ingin kereta sedan kompak yang lengkap dan bergaya.