السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Di pagi Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini marilah kita sama-sama berdoa dengan nama اَللّهُ yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang agar kita sentiasa mendapat rahmat, taufiq, hidayah, dan inayahNya.
Semoga kita diberi usia yang diberkati dan kesihatan yang baik. Semoga dengan rezeki kesihatan ini kita mudah untuk melaksanakan semua perintah اَللّهُ dan menjauhi semua laranganNya.
Kita berdoa agar اَللّهُ ampunkan dosa-dosa kita, dosa-dosa ibubapa kita, dan dosa-dosa mereka yang kita sayangi.
Jika ada di antara kita atau saudara mara kita yang tidak sihat, kita sama-sama doakan agar segera sembuh. Kepada yang menghadapi masalah, kita doakan agar اَللّهُ mempermudahkan jalan penyelesaian. Kepada yang memohon daripada اَللّهُ dipenuhi sesuatu hajat yang baik, kita doakan agar diperkenankanNya. Kepada yang bermusafir, kita doakan agar perjalanan dilindungi dan dipermudahkan Allah. آمِّينَ
12 Rejab 1439H