MUQADDIMAH

Memfokuskan perjuangan membela nasib serta masa depan anak-anak yatim / miskin bermula pada tahun 2004 berikutan keinsafan daripada tregedi Tsunami di Aceh yang mengorbankan lebih 130,000 nyawa dan mengakibatkan puluhan ribu anak-anak menjadi yatim piatu. Ahli Pengasas Yayasan mengembleng dan menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia dan mewujudkan pusat perlindungan anak-anak yatim / miskin Tsunami dengan menawarkan kemudahan untuk tempoh melebihi 10 tahun termasuk kewangan ,penginapan ,perubatan ,makanan ,pendidikan dan pelbagai bentuk bantuan lain.


Pada tahun 2005 , Ahli Pengasas mendaftarkan Yayasan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 716783 P.

Kerajaan Malaysia menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan kemudahan pelepasan cukai kepada penyumbang Tabung Kebajikan dan Pendidikan PEMANGKIN yang terdiri individu , syarikat dan institusi mengikut Subsyeksen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Yayasan berjaya menyalurkan bantuan kepada ribuan anak-anak yatim / miskin di Malaysia menerusi pelbagai program kebajikan yang dianjurkan dari semasa ke semasa.


Di bidang pendidikan , lebih 5,000 anak-anak yatim telah dibantu di peringkat nasional menerusi Skim Anugerah Kecermelangan Pendidikan Nasional (SANTUN) yang memfokuskan bantuan kewangan dan program sokongan kepada anak-anak yatim / miskin . Anak-anak yatim / miskin ini , kini bernaung di bawah Koperasi SANTUN, koperasi yang mengumpulkan anak-anak yatim/ miskin terbesar di negara ini dan menjalankan pelbagai aktiviti.


Yayasan kini dalam rangka memantapkan kedudukan ekonominya supaya mampu mandiri dan melebarkan sayap perjuangannya kepada lebih ramai anak-anak yatim / miskin.


Firman Allah SW di dalam Surah al-Baqarah Ayat 220 bermaksud "Dan mereka bertanya lagi kepadamu ( wahai Muhammad) , mengenai (masalah) anak yatim . Katakanlah : Memperbaiki keadaan anak yatim itu amatlah baiknya ..... "


Surah Al Baqarah Ayat 261 bermaksud : Orang-orang yang menafkahkan harta di jalan Allah adalah seumpama dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai , pada tiap-tiap tangkai seratus biji . Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas kurnianya lagi Maha Mengetahui".